Nuffnangx

Wednesday, 18 May 2016

Friendship Never Ends

Assalamu'alaikum. Minggu lepas aku ada kerja kat Jalan Duta, menguruskan harta pusaka arwah ayah kawan sekolah aku, si Nilam. Beriya dia nak ambik gambar kat depan pintu masuk mahkamah, tak pernah sampai katanya, buat kenang-kenangan. Layankan aje, aku takde hal punya..! 


Dengan selamba badaknya aku mintak tolong sorang lawyer perempuan yang tengah duduk kat bangku, kelihatannya sedang menunggu seseorang. Ok, enough with the description. Pendek cerita, aku mintak tolong dia snap gambar kami berdua. There, I've said it. Tapi still jugak nak explain, "tolong ya dik, kawan akak ni dia nak amik gambar, tak pernah datang court katanya", you know, that kind of explanation. Lebih kepada justification sebenarnya, macam la orang tu heran pun. 


Lepas tu kami jumpa sorang lagi kawan sekolah, kawan sekelas dari aku Form 1 sampai Form 5, si Liza. Sebelum dia pindah ke Terengganu cuti sekolah tak lama lagi, aku bersyukur sangat dapat jumpa dan lepak dengan dia. Dah pindah sana nanti, tak tau la bila pulak boleh jumpa semula. Dunia aku kan kat Lembah Kelang. 


Kami ke Restoran Chawan kat Publika, senang nak hantar Liza balik ofis semula. Ikutkan tekak, aku nak makan keropok lekor je dua bakul tapi si Nilam jenis kuat makan, dipesannya briyani kambing. Aih, dah depan mata takkan la nak tolak rezeki pulak, kan? Aku mintak dua pinggan kosong: satu bagi Liza, satu bagi aku. Nilam biar je dia makan dlm pinggan primer tu. Kami ambik yang sekunder cukuplah. 


Pergh... Gila sedap weh briyani kambing tu! Lain kali aku nak order la, kasi perut betul-betul kosong dan selera dalam keadaan stabil. Barulah berbaloi mengadapnya...! 


Dalam kereta jenuh ler tunggu lampu traffic light merah, nak kasi tangan stabil masa ambik gambar. Masa kereta bergerak, nampak muka orang kat depan sipi-sipi je.


Sebab tu kena tunggu kereta berhenti kat lampu merah: barulah ngam dan enter frame elok...! 


Kami memang rapat dari zaman anak dara sampailah semua dah jadi mak dara. Sedih sangat bila ingat nanti susah dah nak jumpa sekali harung dengan Liza. Tapi ye lah, dah nama pun hidup.. Tak semua yang kita rencanakan akan ikut acuan dan kehendak kita. Aku doakan segala yang terbaik menjadi milik kami semua. Insya Allah. Ameen.

~ Nai at Tak Pe Je.






No comments:

Post a Comment