Nuffnangx

Saturday, 14 May 2016

Juma'ah Barakah : Kurung Pahang dan Kebetulan Yang Mendamaikan

Assalamu'alaikum. Dah tak lama nak puasa, kan? Kalaulah aku pakai baju kurung macam ni lepas raya, mesti orang tanya soalan cepumas: "Baju raya ke?". Iya, huntung la... Baju zaman Bani Umaiyyah pun orang ingat baju raya. Kalau pakai waktu malam, orang tanya: "Baru balik kerja ke?". Hurmmm... Dan yang paling best, kalau pakai masa weekend, soalannya jadi : "Ada kenduri kawen ke?". Begitulah kekdahnya dilema berbaju kurung kat Lembah Kelang ni. Walau apapun, aku tersangat selesa berbaju kurung tak kira bila masa sekalipun, kecuali masa nak tidur la. 

Semalam kan Juma'at, aku beriya pakai baju kurung Pahang yang dah lama tak teralih dari bangku simpanan. Dulu aku buat pergi court walaupun warnanya blue black dan bukannya betul2 hitam. Lepas tu entahlah aku dah terlampau banyak baju hitam putih sampai takde kesempatan nak menggayakannya. Masa duk update koleksi dan mengosongkan almari, barulah aku tergerak nak pakai semula.. Kali ni aku suaipadankan dengan pario yang aku pakai masa Aidil Adha tahun lepas dan satin shawl dari Nadiahijabs. Rasa macam pergi open house raya pulak, seloroh aku depan bibik. Ala, puan hari-hari pun hari raya... Demikianlah jawapan bibik, seperti selalu.



Petangnya aku ada appointment dengan client baru kat Aeon Setiawangsa lepas ambik anak teruna dari sekolah. Sebelum pergi solat Asar, terserempak dengan BFF yang kebetulan ada kat Aeon Mall dengan suaminya. Disebabkan dah lambat, aku mintak diri ke surau dulu dan join mereka berdua selepas tu kat restoran Ayam Penyet. Penat jadi hilang bila jumpa kawan sama-sama susah dan sama-sama senang, kan? Kejap pun jadilah, sudah amat mendamaikan jiwa.



Rencananya minggu depan kami nak beramai-ramai lepak, tapi semalam kami tanpa dirancang sempat mendahului yang lain. Takpelah, nanti panjang umur murah rezeki dan ada jodoh boleh lepak lagi. Insya Allah... 

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment