Nuffnangx

Saturday, 21 May 2016

Aku Orang Kampung

Assalamu'alaikum. Ye, aku orang kampung. Lama-lama akan terasa rindu nak kembali menikmati hidangan kampung, bezanya tak mengadap sawah bendang je. Hari ni awal pagi aku dah ke pasar tani, cari lauk basah buat stok dua minggu. Lepas tu dah kena sediakan stok untuk awal Ramadan la pulak. Tak lama dah, kan?


Petola sayur air, ikan kembung bakar, daging goreng kari berhalia, kerabu kaki ayam dan air asam. Jam 12 tengahari aku dah makan dgn encik suami, walaupun macam biasalah tak selera makan masakan sendiri. Teman je la, yang penting. Lepas tu teman anak teruna pulak, tersengih je suka hati mummy masak. Kesian dia dapat mak susah masuk dapur macam aku. 


Itu ha muka orang balik pasar.. Jenuh mengenangkan harga semua mahal. Adeh.. Takpe la, rezeki untuk dikongsi, kita ukur baju di badan sendiri. 


Aku belum naik basikal hari ni, petang ni la kalau tak terlampau malas. Ok, have a nice weekend, guys! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


2 comments: