Nuffnangx

Wednesday, 18 May 2016

Minggu Berbaju Kurung

Assalamu'alaikum. Hari ni Selasa, hari kedua minggu baru dan aku masih berbaju kurung. Kalau semalam aku berkurung Pahang warna hitam putih polka dot, hari ni aku pakai yang bercorak pulak, warna pastel macam puding sekali imbas. Selain mood berbaju kurung melanda diri, aku terasa nak highlight kening semenjak dua tiga menjak ni. Pelik jugak sebenarnya tapi biar je lah, janji tak melanggar peraturan lalu-lintas.


Hari ni aku seharian kat ofis, menyudahkan segala bagai perkara dan kerja. Makan pun tak lalu, macam biasalah kalau dah terlalu sibuk. Berhenti pun untuk solat zuhur dan asar. Balik rumah pukul 6 barulah paksa diri untuk makan, walaupun payau dan kelat tak menjemput rasa. 


Ok, semalam aku tak highlight kening.. Lipstik pun tak sempat pakai, nak cepat berkejar ke Shah Alam. Beza memang berbeza, kan? Alah, bukan aci sangat aku ni.. Ntah berapa hari je nak beriya conteng kening. 


Ikut mana pun, bersiap nak ke tempat kerja ni biarlah ikut keselesaan dan keserasian kita sendiri. Kalau aku yang lembab ni memang takde nya reti bermekap lengkap, takat bedal aje. Tengok berapa banyak masa yang aku ada, tempat mana yang aku nak pergi dan mood mana yang melanda diri. Begitu... 

Takde mendanya pun nak cerita, saje borak-borak kosong kat blog ni ha. Terima kasih sudi singgah, jumpa lagi lain kali. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


2 comments: