Nuffnangx

Wednesday, 18 May 2016

Majlis Bertandang Afif & Yana: Jangan Kata Ahkak Tak Payung...!

Assalamu'alaikum. Hujung minggu aritu, 24hb April 2016 kami adakan Majlis Menyambut Menantu secara kecil-kecilan di Setiawangsa. Terasa macam majlis kenduri kat kampung walaupun buat kat kawasan bandar, ye la sewa khemah dan katering aje.. takde dewan-dewan, sanding-bersanding dan potong kek bagai. Simple aje, ikut skala kewangan kami apa adanya. Itupun bercinta la bonda dan kekanda pengantin lelaki nak menjadikannya satu realiti. Bukan senang nak galas tanggungjawab jadi orang tua... Tapi itulah gunanya keluarga, kan? Susah senang pasti bersama. 


Takde jurumekap untuk majlis bertandang ni, aku touch up sikit-sikit muka adik ipar macam nak pergi kerja, tak nak kasi nampak pucat dalam gambar. Aku siap mintak depa laki bini standby tidur kat rumah je, tak payah nak ikut adat sangat la turun ke Setiawangsa dengan rombongan pihak perempuan. Sebab bagi aku semua tu macam redundant, lagipun depa memang dah tinggal serumah sejak nikah bulan Februari aritu. Bila tiba waktu rombongan keluarga sebelah perempuan sampai, kami berarak la dengan memayungi kedua-dua mempelai menuju ke tempat kenduri. Takde masalah, semua orang pun gumbira.


Tema pun takde la strict sangat sampai semua kena pakai baju sedondon dengan khemah dan pengantin. Team Groom pakai baju daripada kain yang sama, kaler maroon. Yang perempuan baju kurung ataupun kurung modern, tudung dan kain ikut selera masing-masing. Yang lelaki berkemeja lengan pendek, walaupun tailor kepala senak pergi potong senteng lain macam. Kesian pihak-pihak berkenaan yang mancung perut, amat ketara senteng kat depan. 


Anyways, majlis dirasmikan dengan bacaan doa selamat oleh adik bongsu kami sebaik saja rombongan keluarga pengantin perempuan tiba walaupun sebenarnya seawal jam 12 tengahari para tamu dah mula menjamu selera. Takde pencak silat, pantun-pantun bagai, mereka diarak ke meja makan khas yang telah disediakan. Sampai pun dah dekat jam 1, semua dah lapar, ikut je agenda yang penting yakni makan. Heheheh.


Adik ipar aku ni memang jenis muka suci tak payah banyak mekap. Letak selapis toner, moisturizer, foundation dan bedak je dah cukup. Permintaan depa berdua tak nak mekap tebal, cukup takat tak nak bagi nampak pucat sudah. Aku kata, of course.. Nak mekap lawa-lawa aku bukanlah orangnya. Itupun segan yaamat aku masa tolong mekapkan dia, diri sendiri pun ke laut lagi nak mekap orang! 


Aku sebenarnya ralat sebab keadaan aku terlampau sibuk dengan segala bagai perkara sampaikan tak sempat nak jemput ramai orang. Yang aku tahu, nak cukupkan segala kelengkapan majlis dan keperluan keluarga serta tetamu. Banyak pihak yang berjauh hati, aku tahu tapi apakan daya... Aku ni manusia biasa, weh! Jemput pun mana-mana yang duk selalu berwhatsapp dengan aku, sebab itu je la yang hari-hari naik notification. Facebook aku tak aktif mana...


Kakak-kakakku nan berdua haruslah ada, kan.. 


Kak Liza & Kak Ros...


Bukan senang nak galas tanggungjawab sebagai orang kanan bonda, ayahanda kan dah takde... Maka siapa lagi yang ganti tempat arwah ayah kalau bukan aku? Kuatnya bonda disebabkan aku, jadi dia tak perlu tengok keresahan dan kesusahan seorang aku. Yang perlu dia tengok adalah muka anak sulungnya yang selalu tersenyum. Selebihnya, biarlah bulan bicara sendiri. Begitu...


Tak lama lagi dah nak puasa dan lepas tu kita raya, raya, raya! Mak ai.. Memang perit tahun ni nak menyempurnakan hidup semua orang. Mudah-mudahan segala pintu rezeki terbuka luas dari segenap penjuru dan pelosok alam semesta. Ameeen...


At least, bab baju majlis dah lama selesai. Bab baju raya masing-masing dah mampu uruskan sendiri. Apa-apapun, aku sebagai kakak akan selalu berusaha memayungi keluarga semampu mungkin. Susah-senang, keluarga jualah tempat kita mengadu dan menumpang kasih.
Hargailah keluarga anda!

~ Nai at Tak Pe Je.














No comments:

Post a Comment