Aku dan Songket

Assalamu’alaikum.

Korang minat songket tak? Aku minat sangat2, kalau boleh memang nak buat koleksi hiasan dinding sekali. Tapi itulah, harganya main ribu-ribu kot kalau yang asli Terengganu. Nak pakai masa majlis rasmi ke apa ke, cuaca kita ni panas la pulak. Jadi, bila ada kain cotton corak songket kat pasaran, melompat ler aku, kan? 


 
Ikutkan hati ni, mau je aku beli semua warna yang ada, tapi hidup ni mana boleh macam tu kan? Itupun aku dah buat kerja gila pergi beli agak banyak jugak la sebenarnya, lagipun aku memang pakai baju kurung hampir setiap hari sepanjang hari bekerja. Macam corak dalam gambar ni sama je, minat sangat sampai ambik dua warna yang berbeza, dua-dua buat baju kurung modern. Rasa diri sendiri sangat gojes kejap. Hehehe. Gambar yang kat majlis kenduri kahwin tu lebih berseri, masa tu ada foundation bagai. Gambar kat kereta tu biasalah pagi2 nak turun hantar anak sekolah, mana sempat nak mekap bagai.



Ada lagi satu corak lebih kurang sama, aku tempah buat kurung Pahang. Entahlah aku ni, semua main taram terus pakai tak tunggu raya. Nanti mula la menggelabah takde ‘baju raya’. Hurmm.. 



Betapa minatnya dengan songket, siap jadikan baju korporat ofis.. berkebaya songket la kami setiap hari Rabu, ko rasa? Cuma cik abang tak berkenan corak songket dibuat kemeja, jadi aku mintak orang lukiskan kain cotton dengan corak abstrak, biar guna tona warna sama walaupun berlainan motif. Lambat la nak siapnya kan.. kami srikandi NRP dah boleh bergaya sakan. Pergi court pun pakai uniform songket, jangan marah..!



Aku macam biasalah mana reti berhenti kalau dah suka sesuatu. Ni duk istighfar je tak nak melampaui batas. Masih stabil keadaannya Alhamdulillah... heheh.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker