Hujung Minggu Yang Memenuhi Perut

Assalamu’alaikum. Minggu ni sememangnya padat dengan macam-macam aktiviti, dari Isnin sampailah Jumaat. Sabtu pagi aku tetap bangun awal, body clock dah terbiasa gitulah kekdahnya. Lepas breakfast aku dengan bibik turun pergi pasar tani, sesi memenuhkan stok barang dapur. 



Dah berapa lama ulang-alik kat jalan yang sama setiap hari, baru kali ni aku ambik gambar berlatarbelakangkan mural yang menghiasi tembok siar kaki. Ikutkan nak ambik hujung ke hujung, tapi ye lah karang tak jadi kerja lain pulak. 



Aku kan selalu dekat dengan pemuzik, dan muzik selalu dekat di hati ini.. bila ada pemuzik yang best macam ni, memang aku lemah la weh..! Aku doakan dia berjaya dalam perjuangan dan perjalanan seninya, Insya Allah. Ameen...



Balik rumah, aku terus masak dan menu kat rumah lunchtime simple je. Sup ketam, daging goreng kunyit dan sayur campur. Sedap, Alhamdulillah.... 



Malamnya aku, cik abang dan junior ambik grab pergi ke Spice Garden Restaurant di Jalan Imbi, Bukit Bintang. Pekena biryani kambing, naan kosong, naan mentega dengan ayam tika masala.
Gambar makanan takde, adeh, sorry... macam biasalah. Gambar orang2 yang perabis makanan je yang ada, pun boleh kan?



Kami sampai awal, lepas maghrib terus turun. Lengang lagi Spice Garden masa tu, baru satu meja yang berpenghuni. Ambience kat situ lain macam punya romantik, aduhai... waiter pun berbisik je datang ambik order, lagu-lagu Hindi yang dorang pasang macam duk mengulit tidur. Kami bertiga terpaksa ikut berbisik, ko rasa? Tapi masa makan, memang layan... sedap betul makanannya, takde makna nak diet bagai, lain tahun je ler! 



Masa duk suap rapat-rapat tu kan, aku dah buat announcement: esok pagi kena naik basikal, makan tak ingat dunia! Dah la tengahari dah berselera, malam pun makan berat dengan penuh selera jugak. 



Maka itulah yang aku buat pagi ni, korang.. menunaikan apa yang dijanjikan. Sejam mengayuh basikal statik yang dah lama sangat aku tak sentuh. Ok la tu, pelan-pelan kayuh, asalkan keluar peluh, bakar kalori. Air masak jangan lupa minum ikut keperluan badan, tau.. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan