Our Cozy Little Pantry

Assalamu'alaikum. Dah lama aku duk fikir macamana la nak selesaikan masalah ruang yang sempit kat pantry ofis, ada la dekat 3 tahun. Macam-macam dah idea keluar, cuma tak praktikal dari segi struktur dinding dan yang lebih utama, dari segi bajet. Ada duit banyak je menda boleh buat, betul tak? Akhirnya aku ketepikan sedikit bajet dan panggil orang tarik letrik, buat soket baru kat tempat yang dulunya bersempit-sempit letak meja makan. Sebabnya, aku nak alihkan peti pindah duduk situ dan meja makan ambik tempat peti. Jadilah keadaannya macam dalam gambar ni, tapi sorry aku takde gambar sebelum dan ada yang selepas aje.   


Payah jugak nak bagi gambaran apa yang berubah sebenarnya. Cuma tempat yang sekarang ni ada rak kasut dan kipas meja tu dulu kami letakkan meja makan, mengadap partisyen dinding. Boleh makan maksimum 4 orang je sekaligus, itupun bersesak-sesak. Kalau orang nak lalu pergi tandas ataupun surau, memang kena guna sistem bangun dan keluar dari lif ataupun public transport yang melimpah ruah. Sekarang tidak lagi, alhamdulillah. Meja makan kami tu elok sangat pindah duduk situ, rapatkan ke dinding konkrit dan tarik sikit kalau nak makan ramai-ramai.  


Rak kasut tu aku beli kat Aeon Big, sekali dgn bangku hitam. Cuma aku letakkan pinggan mangkuk, bukannya kasut. Senang nak simpan dan ambik, tak menyemak sekali dengan tupperware dan jug air kat dalam kitchen cabinet. Khusus untuk pinggan dan mangkuk semata-mata, bukan banyak sangat pun. Banyak-banyak karang runtuh pulak para yang dah sedia rapuh tu, nama pun tempat letak kasut, mana tahan letak benda-benda berat.


Aku ingat tak nak biarkan dinding partisyen tu kosong lagi polos macam tu, tinggal lagi kena fikir nak letak apa. Dah ada idea ni, tunggu bajet lain pulak la kan. Takde la mahal pun, cuma tetap kena berhemat dalam apa jua keadaan,


Sekarang ni lapang je laluan nak makan, menunaikan hajat dan ibadat. Lepak makan pagi, tengahari mahupun petang pun rasa macam duduk kat rumah. Kira ala-ala apartment gitieww... alhamdulillah. Nak beriya makeover bagai memang takde la kan, kita gunapakai apa yang ada dan beli mana yang mampu. Look for less, less is more, macam tu la kekdahnya lebih kurang.


Nanti bila dah upgrade, aku buat entry lain kongsi dengan korang. Sementara ni, kami semua sangat gumbira dan puas hati dengan apa yang ada. Semoga dengan keadaan yang lebih melapangkan perasaan dan fikiran ini akan membuatkan kami lebih semangat bekerja dan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang. Insya Allah, Ameeen....

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan