Makan Besar Hujung Minggu

Assalamu’alaikum. Dah seminggu aku tak lalu makan nasi, payau je rasa tekak, duk kuis-kuis nasi dalam pinggan dan suap mana yang mampu dipaksa. Sabtu Ahad ni aku masuk dapur, masak sendiri apa yang terasa nak makan. Mak pun sama jugak, takde selera sejak kami berdua jatuh sakit serentak. Tinggal lagi, aku kena gagahkan diri pergi keja dan mak kena paksa berehat di rumah. Ahkak kawasan dah tunjuk kuasa, dia tak kuasa nak lawan.



Sabtu pagi aku pergi beli tulang kat pasar tani, balik masak buat sup. Makan dengan kuey teow dan mee kuning. Puas hati aku dapat makan ikut selera, just the way I want it to be. Mak pun selera makan, bertambah-tambah, cuma dia makan nasi la, dipadankan dengan sup tulang.



Dinner aku makan kat Me’nate Ampang dengan anak dan suami, jadi sup tulang masih ada leftover sampai hari Ahad. Aku masak awal hari ni, buat tomyam ayam untuk family makan. Menggigil2 aku hala ke hujung, cepat2 mintak bibik panaskan sup tulang dan makan dengan kuey teow dan bihun. Licin mangkuk tu, ko rasa?



Dapur aku rosak, so aku guna pressure cooker masak dari Sabtu sampai Ahad. Ok je, takde hal.. aku memang lagi suka masak cara tu pun. Lain sikit la rasa tomyam ayam aku hari ni, sebab tomyam paste yang aku biasa guna takde dalam peti, guna je apa yang ada. Kiub tomyam takkan boleh tanding perencah sebenar, itu bagi aku la.



So, aku rasmikan Instant Pot dengan tomyam ayam untuk bonda. Banyak dia makan, Alhamdulillah. Aku pun sama, makan malam tanpa ada sebarang sekatan, what diet? Baru ada selera kot, makan beriya ler jawabnya. Laju je suap nasi masuk tomyam dengan ikan masin. Heavenly!



Maka demikianlah berakhir hujung minggu seorang aku dengan pemakanan yang sempurna di tekak dan di perut. Air suam tetap kena cukup, kan, itu tak berubah. Macamana nak flush out kalau tidak, betul tak?

Esok kerja dah, mudah2an kita semua berada dalam pemeliharaan Allah sentiasa. Ameen.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Hari Selasa Yang Melelahkan

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker