Rabu, Meja Hipster & Birthday Hi-Tea

Assalamu’alaikum. Semalam alkisah, sampailah meja kopi yang aku order kat Shopee, sebelum lunchtime. Teruja nak pasang, dah siap screw driver segala kat tepi, tak zzzzabar rasanya! Sekali takde manual kat dalam kotak, ko rasa? Kuncup kejap semangat Mak Lom ni haa, tapi takpe.. dengar cerita, terer main jigsaw puzzle. Apa ada hal?


Awalnya aku berkenan yang warna hitam ni, tapi lama sangat duk bertangguh, sudahnya habis stok, padan muka! Putih je yang tinggal, putih pun putihlah.. janji dapat jugak akhirnya, kan? Tengoklah harganya tu, mampu milik la kiranya. Lagipun, tunggu depan mata je tak payah keluar pergi kedai langsung.



Aku mintak bantuan budak aku, mana boleh pasang menda2 ni secara solo. Takkan nak pegang guna kaki pulak, kan ke payah tu? Pemasangan meja ni simple aje, aku ada tanya penjual dalam Shopee tu kenapa takde manual, dia mintak wassap dan akan tunjuk cara macamana. Tapi dia reply dah petang, aku dah lama siap pasang pun, bertuah betul! Kena guna imaginasi dan kepakaran main jigsaw puzzles la, pendek katanya. Yang penting, sabar sabar dan sabar banyak-banyak. 



Bila siap, kan main gojes meja itiewww... Alhamdulillah. Orang lain buat meja kopi, aku buat meja atas meja, boleh? Hehehhe Tak Pe Je....! Elok sangat nak jadikan desk organizer untuk menjimatkan ruang yang terhad. Dah kita yang buat dia, kita ada hak eksklusif nak letak kat mana, guna macamana sekali pun. Manfaatnya tu yang lebih utama, ye tak? Lihatlah Mak Lom yang tersenyum gembira bergambar dengan berlatarbelakangkan meja atas meja ni haa. Sampai baju tertarik benang pun tak perasan, ish!



Petang sebelum turun ambik anak, makan-makan kejap dengan budak2 kat pantry, sambut birthday dak Ai Li yang pakai tudung putih tu. Kesian birthday girl demam tak lalu makan, tanya dia pizza lalu tak? Heheh seronok dia, baguslah senang je takat nak cari pizza, bukannya menda exotic macam daging landak, rusa bagai. Nak berburu satu hal, tengok Salman Khan dah kena masuk penjara sebab suka-suki pergi tembak haiwan terpelihara. 



Aku tak suka sangat pizza, tapi dah nama pun birthday Ai Li, apa yang aku suka tak penting. Dapat mushroom soup dengan garlic bread pun dah cukup bagus bagi aku, Alhamdulillah...



Kami ni berapa kerat je yang tinggal, ini la yang setia bersama aku ketika susah dan senang, suka dan duka. Selagi dalam kemampuan dan bidang kuasa aku, Insya Allah akan aku jaga dorang sebaik yang boleh. Semoga segala urusan kami dipermudahkan dan diberkati Allah swt. Ameen...

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker