Adik Dah Masuk Dunia Hitam Putih

Assalamu’alaikum. Adik bongsu aku dah rasmi jadi lawyer minggu lepas, elok sangatlah tu.. sempurna sudah impian arwah ayah, Alhamdulillah. Sama je nasib macam aku, dia bukan minat pun nak ambik law dan tak beriya nak praktis, cuma taat dan patuh pada permintaan ayahanda. Gitu la dik, takpe, kakak ada... itulah yang aku janji kat dia dulu-dulu, lepas SPM. Seronok tengok dia akhirnya happy dan pasrah dengan suratan takdir.



Kakak ni biasalah, sentiasa ada untuk adik-adik, selagi hayat dikandung badan. Jadi, masa dia diterima masuk dan didaftarai di Mahkamah Tinggi Malaya, aku tampil menjadi 'mover' dia. Buat pertama kali dalam sejarah amalan guamanku, aku bersetuju untuk jadi 'mover' sebab takde senior lawyer lain yang free masa tu. Hehehe, kalau tidak memang takde nya aku sanggup. Mana boleh, hati tisu macam aku ni karang buat drama air mata pulak masa baca teks ucapan yang disediakan oleh Pempetisyen. Dah warning siap-siap, "Adik jangan tulis sedih-sedih, malas kakak nak menangis!" Tapi apakan daya, orang lain pulak buat teks ucapan dan penghargaan sedih nak mampus... menangis jugak ahkak ni dalam mahkamah. Takpe la, at least bukan masa giliran aku bercakap.



Mak of course bangga, kan... anak sulung dengan bongsu dua-dua nampak macam bagus je pakai hitam putih. 



Kalaulah ayah ada...



Ayah ada sebenarnya, dalam hati kami... Aku dari bangun Subuh pagi tu, siap-siap semua, memang terasa sangat ayah ada. Iya la, yang tiada hanyalah jasad, kasih-sayang dan kenangan bersama insan-insan terkasih takkan mungkin terpadam dari ingatan.



Adik aku yang nombor 2 pun datang, siap jadi personal photographer lagi, huntong laa...



Semoga perjalanan kerjaya adik dalam bidang guaman ni akan dipermudah dan diberkati Allah swt. Ameen....


~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker