Dunia Hitam Putih & Makan-Makan

Assalamu’alaikum. Minggu ni aku ambik keputusan untuk bawak sendiri kes-kes pusaka macam dulu-dulu, tak nak hantar associate pergi. Pertamanya, sebab jadual minggu ni agak free, dah selesai kerja-kerja urgent kat ofis. Keduanya, sebab aku ada misi penting yang memerlukan attendance fees masuk poket sendiri, tak mengalir keluar kepada orang lain. 



Budak2 aku teruja lain macam bila tengok aku pakai satu sut blazer dengan skirt, terserlah imej ma’am dorang sebagai seorang loyar buruk. Beriya la nak bergambar bagai, aku layankan aje. 



Yang mana ada kat ofis je ler bergambar nya.. yang takde tu ada kes kat Mahkamah Syariah. Ofis ni dah takde legal assistant yang in charge kes civil, tinggal ma’am je sorang. Jadi, kalau tak suruh associate pergi, ma’am kena pergi sendiri. Ye la.. tak mampu nak bayar gaji, ekonomi macam sekarang ni baik minimumkan kos mana yang boleh.



Manalah tau kan, esok2 diizikan Allah untuk kembali menggajikan orang lain. Sementara itu, kita pelan-pelan kayuh apa adanya. 



Ni pulak gambar masa boss bawak makan patin tempoyak kat Wangsa Maju, memang lari habis diet semua orang. Dah pulak ada udang galah atas meja, memang tunduk masuk muka dalam pinggan kami semua, menikmati rezeki dengan penuh khusyuk lagi komited.



Dengar cerita, boss nak payung makan Western pulak, tak zzzabar nya...! Nanti aku update cerita berserta gambar-gambarnya, tunggu....!

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker