Nuffnangx

Saturday, 25 June 2016

Pergi Iftar Dapat Anak, What?!

Assalamu'alaikum. Ramadan kali ni memang tak bukak puasa kat luar, simple macamana pun mesti mengadap meja kat rumah. Kecuali masa pergi jemputan iftar, of course, cuma tahun ni pun network sekitar aku tak buat majlis besar-besaran. Maklumlah, masing-masing kena tempias demam kura ekonomi dunia. Dalam keadaan macam ni, kita utamakan keluarga sendiri dulu, sesuai la unjuran agama kita, kan?

Dua minggu sudah, aku pergi la memenuhi jemputan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim kat Jalan Duta, anjuran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan K.Lumpur. Bekas assistant aku, si Akma pun ada sama, dengan suami dan anak kecik dia, yang aku tak pernah jumpa sejak keluar dari perut. Kebetulan aku tak sihat dan tak stabil setahun lebih, maka tak sempat nak menjenguk baby masa Akma berpantang. Dulu anak sulung dia aku siap car pooled pergi ke Bandar Baru Rawang sana, melawat bagai. 

Kisahnya, masa Akma duk salam aku peluk cium, budak tecik tu pandang aku macam, "Eh, ni la makcik yang aku selalu dengar suara masa dalam perut dulu!". Menggelupur la weh hulur tangan kaki segala mintak dukung, aku tak tunggu lama la, kan? Adoi, kelakar betul ingat muka si Akma kecik hati dimaktirikan oleh anak sendiri! Takde nangis langsung budak bertuah tu masa aku bawak lari ke meja aku, jauh dari pandangan mak bapak dia. Setengah jam aku tunggu dia nangis, tak nangis-nangis jugak, eh takkan la kan? Sebab takut aku pulak yang nangis, maka aku pun dukung la dia pulangkan kat Akma. Sampai sekarang la Akma duk panggil "budak lupakan ibu", heheheh. Baby tau aku sedih dan teringin, gamaknya. Senyum tetap senyum, hati biasalah... Bukan boleh dibohongi.


Upacara selain makan, bergambar la apa lagi, kan? Kat balcony siap nampak KLCC dan KL Tower dari jauh. Nampak cahaya bulan terbias atas kepala aku, tak? Disimbahi sinar purnama dan lampu neon, menjadikan gambar ni sangat ohsem. Suka sangat tengok!


Jubah dress tu 1st time aku pakai sejak siap ditempah lebih setahun lepas. Takde occasion nak pakai, seganlah nanti overdressed. Masa iftar macam ni bolehlah, kan? Takat nak pergi ofis ataupun beli groceries kat Giant, ishh.. Biarlah Rahsia je ler! 


Ni haa jumpa kakak Datin kita nan sorang, yang tak pernah tak striking warna tudungnya. Muda sokmo dia ni, itulah advantage orang amalkan minum Biyoung. Nak cantik memang kena guna banyak duit, sebenarnya, fight dari dalam dengan supplement. Mekap tak payah beriya kalau dah serasi supplement, naik seri dengan sendirinya. Aku dulu ambik jugak Biyoung dua tahun lebih, tapi tak cukup disiplin nak tahan payau rasanya menelan menda tu dan menelan belanja yang besar. Hehehe. 


Mengelilingi dome di meja istimewa, gambar ni masa awal-awal kejadian. Belum penuh lagi meja dengan tetamu dan kuih-muih. 


Entah apa cameraman cakap masa ni, sampai gelihati benar kami berdua, lupa dah aku.


Banyak lagi gambar seputar majlis iftar dalam facebook persatuan, tapi takkanlah aku nak spam blog sendiri dengan gambar yang 10 pages tak habis-habis. Agak-agak la, kan? Yang penting, majlis dah pun disempurnakan setakat yang terdaya oleh pihak penganjur. Mana yang elok kita ambik, yang kurang elok kita bagi pandangan membina demi kebaikan masa hadapan. 


Makanannya bagi aku, sangat sedap. Lauk-pauk kampung yang ringkas tapi cukup segala rasa. Cuma ya la, macam yang aku cakap tadi, mana yang kurang elok kita tegur-menegur ke arah kebaikan. Tak berapa sesuai la nak bakar kambing dalam kawasan tertutup macam auditorium, kot... Berjerebu seluruh alam. 


Kesian kat tetamu yang datang. Mungkin kekangan bajet dan nak elak daripada panas jauh dari aircond, barangkali. Pada pendapat aku, lebih baik buat je kat lobi. Nak baca tahlil, doa selamat dan sampaikan sumbangan dah elok dah dalam venue tertutup macam tu. Cuma bila sampai waktu bukak puasa, pakat-pakat turun ke lobi. Takde panasnya udara malam.. Dapat kambing golek, tak ingat panasnya dah..! Itu nampak panjang gila Q nak ambik kambing golek. Memang sedap, terbaik dari ladang! 


Tapi mungkin jugak ada yang tak kisah semua tu, macam anak aku dan kawan-kawannya, siap cakap, "Kitorang tak perasan pun ada asap, okay je.. Kambing sedap!"


Heheh. Sabor je la! Aku doakan tahun depan kita berpeluang lagi nak bertemu Ramadan, dan iftar jama'ie kat Jalan Duta akan ambik iktibar daripada kepulan asap yang memenuhi ruang berbuka puasa. 


Khusyuknya cik abam berdoa, Allah paham isi hati kita, Insya Allah. Kenangku dalam doamu jua... Ameeen! 

Okay la, itu saje kali ni. Lain kali cerita lagi. Terima kasih sudi baca, jaga diri dan hiasi peribadi. Semoga Ramadan yang masih berbaki akan dapat kita sama-sama penuhi dengan segala amalan serta ibadah sebaik mungkin. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.







No comments:

Post a Comment