Nuffnangx

Thursday, 9 June 2016

Raya Saree Sedunia

Assalamu'alaikum. Okay, kali ni aku borak dalam bahasa pasar kita, ya? Sebab nak kata Bahasa Melayu karang, tersangatlah rojak gaya penulisan orang kita dalam internet ni. Kalau orang guna google translate pun takkan paham punya. Dah namapun bahasa pasar, gitulah kekdahnya pun kannya adoi? Gitu. 


Aku ni kan banyak betul kain ela yang belum bertempah, ada dekat 2 tahun kot aku perap. Kira kalau buat jeruk tu dah terlebih reput gamaknya. Dulu adik ipar aku jual kain saree, aku borong barang 4,5 pasang. Tiapkali ada stok baru, mesti aku beli, ye la dah nama pun menyokong industri kroni, paham-paham aje ler..! Sudahnya, bersusun dalam almari tunha, siapa nak jawab? Ahkak ko jugak! 

SINI korang boleh tengok raya 2 tahun lepas, aku buat raya dah sepasang. Tahun tu pun kebanyakan baju aku pun daripada kain saree. Penyakit apalah aku ni asal raya je pakai saree. Sepasang lagi tahun yang sama aku ada buat kebarung tapi tak pernah pakai, boleh? Kainnya aku baru je pakai masa kenduri sambut menantu adik aku awal bulan April baru-baru ni. Tengok SINI PULAK. Gila punya lama jaraknya, kan? Itulah dia, tak dapek nak nolong dah! Untuk mengelakkan daripada diperap lebih lama, aku pun hantarlah kain-kain ela dalam almari tu kat tukang jahit. Yang dahsyatnya, ada jugak dua pasang kain yang aku beli kat Vietnam 2 tahun lepas terheret sama dalam ini cerita. Tak silapnya ada lagi tu kain-kain terpinggir yang aku buat-buat lupa. Jenuh nak membayar nanti kesemua tempahan tu, ya Allah bantulah hamba-Mu yang hina ini! 

Gambar kat atas tu tailor baru hantar pagi ni kat aku, dah siap sepasang katanya. Tengoklah tu, kain saree jugak tu... Adik ipar aku kasi hadiah dari India, sebab dia tahu aku ada fatal attraction dengan saree sifon. Maka sahlah raya tahun ni aku masih lagi meraikan kain saree. Nasiblah labu... Penyakit sendiri carik, pandai-pandailah tanggung. Aku tahun ni malas nak fikir banyak, semua aku suruh tailor buat baju kurung Pahang dan kebarung Pahang. Dah tua-tua ni malas pulak nak berkurung moden bagai.. Penat dah. Ulang tayang pakai yang lama-lama je ler, semua pun condition tip-top lagi. 

Raya pun lambat lagi, kira belum teruja tengok baju raya. Entahlah, dalam keadaan sekarang ni apa pun tak mengujakan. Syukur Alhamdulillah ikut mana pun, masih dikurniakan kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dengan baik. Korang pulak macamana? Bebaik jaga diri, tau.. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment