Nuffnangx

Thursday, 16 June 2016

Selfie Subuh Hari

Assalamu'alaikum. Jam 2 pagi sekarang dan aku masih berjaga, apa cerita ni? Biasalah, Ramadan sebenarnya mengajar aku erti 'shifts', yang mana kadang-kadang body clock dah kacau-bilau. Lalu aku jadi makin kagum pada manusia yang bekerja ikut shift, korang memang da bomb! 

Semalam pagi-pagi buta lepas Subuh aku dah siap-siap nak menghadirkan diri ke Jalan Duta, supaya aku sempat sampai sebelum client aku menunggu kat kaunter pendaftaran. (Read: Sebelum dia tembak aku dengan whatsapp dan call bertalu-talu). Sesetengah client kita kena layan macam tu, entahlah susah nak explain kehidupan seorang aku. 


Anyways, sebab aku rasa bangga kat diri sendiri boleh siap dari hijab ke stoking dalam jangkamasa setengah jam, maka gigih la aku snap gambar sendiri kat belakang almari. Bukan apa, segan jugak kat roommate aku tu, subuh-subuh dah selfie. Ngeee... Kira kena la nyorok belakang almari sket, cover line kennn? 


Hurmm.. Korang, aku kan, belum ada proper vanity dalam bilik, tunggulah dah lega-lega sikit. Sekarang ni aku dah terbiasa dan selesa pulak dengan keadaan takde meja solek bagai, jimat ruang dan laluan lebih lepas bebas. Tapi dalam bucket lists tetap ada beberapa pilihan nak buat Ikea hacks, cuma itulah aku cakap tadi, tunggulah lega-lega sikit. Bila aku ambik gambar ni kan, teringat kat keadaan locker aku kat aspuri zaman remaja dulu. Beriya la aku menghias locker yang ciput kasi nampak kemas, teratur dan sedap mata memandang. Tempat wajib posing mesti depan locker, haaa... Siapa buat menda yang sama, kita #ganglocker! 


Siapa kata tak leh guna konsep yang sama dalam bilik tidur orang dewasa? Jadi, sesiapa yang bujang trang tang tang duk rumah sewa dan tak kuasa nak beli meja solek bagai, bolehlah hidupkan konsep locker aspuri macam dalam gambar-gambar kat atas. Cuma kenalah kreatif dan inovatif, biarlah nampak 'berjenis' sikit, janganlah selamba badak sangat, dek non... Dah setiap ketika nak mengadapnya lagipun, kan? Stress management jugak tu sebenarnya.. Kita pastikan sebab-musabab yang boleh menyesakkan otak diminimumkan sedaya mungkin. 

Mudah-mudahan, ada yang boleh korang manfaatkan daripada post aku kali ni, walaupun duk tayang gambar selfie perasan bagus sorang-sorang ni haa... Heheh. Take care, selamat bersahur!

~ Nai at Tak Pe Je.

P/S: I love u still. 


2 comments:

  1. Hello Nai, how you doin'? Ada ingat saya...Lee dari Toronto, Canada.
    You looking good, love your outfit.
    Here's wishing you selamat berpuasa.
    Simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello there, bro Lee. Of course I remember you, with your cute tagline 'simpan satu lagu dalam hati'. How have you been doing lately? I hope you have regained your original pink of health. Warmest regards to your other half and please do take care!

      Delete