Coretan Sebelum Sahur dan Kurung Pahang Kuning Mustard

Assalamu'alaikum. Dah setengah bulan kita berpuasa, kejap je kan? Tak lama lagi dah nak raya, pejam celik pejam celik je pun! Aku duk angan-angan nak buat kuih siput, entahlah jadi kenyataan ke tidak, macam tak je! Bukan tak boleh tunjuk-tunjuk kat kedai, tapi dah hampir pasti takkan menepati citarasa punya! Korang suka tak kuih siput? Eh, tu kuih raya favorite aku sejak pandai mengunyah kot!   Tart nenas pun aku suka jugak, waah... Telan air liur aku jap-jap ini!

Anyways, aku niat tadi nak cerita pasal iftar jama'ie yang aku hadiri malam semalam, tapi biarlah dulu, karang berjela-jela pulak jadinya. Maklumlah, aku kalau dah start tekan keyboard bukannya reti nak berhenti. Baik aku borak-borak kosong takde arah tujuan sementara bersahur lagi setengah jam. Gila, kan? Dari jam 1.02 tadi aku terkebil-kebil tak ngantuk dah. Jam 11.30 malam aku tak boleh nak bukak mata langsung, tengah-tengah borak dengan room-mate lepas terawih dan witir sekali dengan mak dan adik-beradik aku, entah bila aku terlelap pun tak tau! Sedar-sedar dah jam 1.02 pagi. Baguslah, dah Tuhan kasi chance tidur dan bangkit pulak waktu-waktu sunyi gitu, takkanlah tak paham-paham lagi isyaratnya, kan? Rezeki tu, kita manfaatkanlah untuk mengimarahkan bulan baik sedaya mungkin. Nak tidur semula memang tak mungkin dah la.. Orang lain berdengkur sahut-menyahut, aku macam ni la, nasib baik ada gak menda nak dijadikan bahan update blog. 

Dah alang-alang kat sini, meh aku share gambar aku balik kerja hari Jumaat baru ni. Lately memang banyak kerja, ke hulu ke hilir menyudahkan apa yang penting. Kebetulan pulak minggu lepas kena attend trial back-to-back dua hari, melepek ahkak ko ni haa bulan-bulan puasa jadual macam tu! Apa nak buat, dah namanya pun kerja, kan? Redha aje ler.. 


Sampai hari Jumaat, hari appointment sedunia. Penat masih bersisa, tapi disebabkan boleh pakai baju selain hitam-putih, memang menaikkan semangat untuk bangun, bersiap dan terjah ofis. Kuning mustard, ambik ko deq non! 

Kalau hari lain aku biasanya ambik gambar sebelum turun kerja, kali ni aku cuma sempat buat pe'el tu bila dah balik kerja jam 6.30 petang. Lipstik masih elok di bibir, sebab aku solat kat ofis dan touch up sebelum client datang. Pencahayaan yang bagus sangat-sangat membantu untuk dapatkan hasil gambar yang sejuk mata memandang. Hahahha. Sabor je lah! 


Sebenarnya aku rasa sayang kalau tak abadikan gambar pakai baju kurung mustard ni, so berbaloi la nak abadikan dalam blog merapu aku ni. Baju raya dua tahun lepas ni, aku pakai masa turun ke Kuala Terengganu dari Temerloh. Lepas tu tak pakai-pakai sampailah kali ni, memang tak senonoh aku ni, korang! Kain macam tu aku memang minat, nampak vintage to the max pada hemat aku. Aku beli kat Jakel sekali dengan matching satin buat alas kat dalam, lining la senang cerita. Lace hijau kat hujung baju tu aku jahit sendiri je, tertunduk-tunduk jahit tangan pagi ke petang. Haa... Sikit je nampak, kan? Tapi dia punya azab nak menyiapkan... Taubat tak buat dah! Orang yang terer menjahit mesti gelak bila dengar, kan? Tapi itulah dia, #lazymom macam ahkak ko ni memang gitu kekdahnya. 


At least ada gak baju raya aku yang bukan daripada kain saree, kan? Tapi masih mengekalkan tema plain, sebab aku kurang gemar yang banyak corak. Gambar last tu time singgah rumah member kat Batu Buruk, semangat nampak, kan? (Aku pregnant time tu, sebelum keguguran seminggu selepas balik KL lepas raya). Ok lah, dah nak jam 5 pagi. Time to go. Take care! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan