Sehelai Tudung Hijau Nan Manis

Assalamu'alaikum. Tahun lepas kan, Elly ada kasi aku hadiah tudung, aku rasa dia dah confirm tak ingat. Usahkan dia, aku pun termenung kejap bila terjumpa tudung ni masa kemas-kemas barang lepas pindah aritu. Akhirnya aku tanya Bibik, kot2 la tersalah letak tudung orang dalam kotak aku, tapi katanya kawan aku yang bagi dulu. Aku bawak bertenang dan cuba flashback pelan-pelan, siapa la yang baik hati sangat bagi hadiah tudung ni? 15 minit gak la aku menerawang ke ruang angkasa Gaban mencari sejalur cahaya. Oooo... Elly la bagi! 


Aku dah lupa sempena apa dia bagi, tapi kalau tak silapnya, sekali dengan hadiah menang teka gambar handbag dalam blog dia. Bukan apa, aku time tu banyak sangat masalah dunia sampai tak terkejar tak cukup kaki tangan dagu mulut mata segala. Kena pulak kemas barang-barang seisi rumah sebab nak pindah, maka duk selempang mana-mana shawl ataupun instant hijab kat depan mata. Ulang pakai yang sama selagi sesuai.  


Bila dah makin teratur keadaan rumah dan hidup tempat baru, barulah aku berbalik kepada perangai asal yang suka pasang badan bergaya apa adanya. Maka aku pun selalulah pakai instant shawl yang manis warnanya ini, semanis tuan yang menghadiahkannya. Gitu..! 


Aku kalau pakai tudung ni, mesti jodohnya baju kurung, feeling-feeling Gadis dan Bunga la konon..! Terasa macam duduk dalam aircond dengan iringan lagu Belaian Jiwa, haaa.. Ada ko bah?


Terima kasihlah Elly oi.. Aku ni memang pencinta warna hijau, macam tau-tau je kan? Aku doakan kau murah rezeki panjang umur, sihat walafiat dan berbahagia di samping le familia. Ameeen..! 

~ Nai at Tak Pe Je.




Comments

  1. Replies
    1. Bibik aku kata kwn aku yg kasi sekali dgn kain yg aku buat alas meja... Ko la, siapa lagi. Aduh.. Pening kan?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan