Nuffnangx

Monday, 10 October 2016

Ketam Cili Pekat Setiawangsa

Assalamu'alaikum. Kot-kot la korang terasa nak try masak ketam cara lain sikit, meh aku kongsi resipi, meh. Patutnya aku ambik gambar dari awal penyediaan dan sebelum ketam itu diserang kami semua, tapi biasalah, masak orang pemalas macam aku ni, fikir nak cepat siap semata. Nasib baiklah ada lagi leftover sepinggan yang disimpan untuk mereka yang berkenaan, dapatlah jugak ambik gambar dan buat hiasan mata kat blog ni haa.. Apa-apapun, aku cuba simplify resipi ni dalam bahasa lepak lagi santai, ok?

Bahan-Bahannya:

1- Ketam, diketuk dan dibelah dua.
2- Bawang besar 1 labu. Bawang, tau..bukan labu!
3- Bawang putih 6 ulas.
4- Lada besar 6 biji, dibuang biji.
5- Halia 1 ibujari comel. Kalau saiz ibujari besar, 3/4 dah cukup.
6- Air perahan lemon 3 sudu besar.
6 (a) - Belacan (kalau takde resdung).
7- Serai 2 batang, diketuk.
8- Bawang kecik 6 ulas, dimayang.
9- Cili padi 2 biji, dibuang biji dan diketuk manja.
10- Sos tomato + sos cili dicampur sekali 1 cawan (ukuran yang buat kek tu).
11- Kicap 2 sudu besar.
12- Air masak 1 cawan (ukuran yang sama).
13- Tepung jagung 1 sudu besar, dibancuh dengan 2 sudu besar air.
14- Sebiji telur, dipukul rata.
15- 1 camca garam halus, dibahagi dua.
16- 2 sudu besar gula perang.
17- Daun sup/ketumbar untuk hiasan.

Cara-caranya:

1- Blend bawang besar, bawang putih, lada besar, halia, belacan dan air perahan lemon, tumiskannya bersama serai sampai naik bau dan pecah minyak. Pelankan api biar sederhana kuat.
2- Kemudian, masukkan ketam dan garam setengah camca, kacau, diikuti sos tomato, sos cili, kicap, gula dan air masak. Masukkan jugak bawang kecik dan cili padi sebelum tutup kuali dalam 10 minit kasi wap ketam turun dengan jayanya.
3- Lepas tu, rasa dulu kuah dah elok ke belum masin manis masam, ejas la apa yang patut, baru masukkan baki garam tadi, kacau lagi.
4- Dalam masa duk kacau tu, pelan-pelan masukkan tepung jagung dan telur biar cantik bergaul mesra dengan kuah dan ketam. 
5- Angkat, hidangkanlah bersama hiasan daun sup/ketumbar. 


Pekat tau kuahnya, aku suka. Kalau korang tak nak pekat, tak payah masukkan tepung jagung dan telur. Encik suamiku suka cicah kuah macam tu dengan roti ban panas-panas. Esok-esok cubalah, mana tau korang pun suka, aku tumpang happy. 

Okay la, terima kasih sudi singgah. Sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


No comments:

Post a Comment