Melaram Pergi Kenduri Kahwin

Assalamu'alaikum. Sabtu lepas ada kenduri kahwin jiran depan rumah, meraikan akad berwali anak lelaki dorang kat D'Saji Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Aku ambik peluang ler melaram dengan batik lepas yang aku cerita aritu kat SINI, jodoh dengan kaftan sifon kesayanganku dan oversized satin hijab dari Nadiahijabs yang aku beli bertahun-tahun dulu. Taste aku ni biasalah, sangat klasik.. pakai pun Snowfly boots bertali yang bagi aku sungguh nostalgik. Masa kecik-kecik dulu aku suka sangat-sangat kasut style gitu, tapi takde edisi feminine. Dah kertu ni bila ada yang mengingatkan aku pada style dulukala, aku mesti terkesima selagi tak bawak balik jadikan koleksi.


Buffet D'Saji macam biasalah, jarang menghampakan, terutamanya fillet ikan dory dan seleksi kuih-muih tradisi Melayu. Kami sampai ke dewan sebelum jam 1pm, dan tak tunggu pun acara rasmi bermula. Kira kasi peluang kepada orang lain memenuhi tempat duduk, takde kami berlama-lamaan kat situ. 

 

Mak paling happy, seronok benar dia anak dan menantu sulung teman pergi kenduri, ye la dah besok-besok kita tua baru tau apa perasaan sebenar seorang ibu mertua. 


Balik je rumah, aku usaha ambik gambar kasut dan payung yang memang dekat di hatiku, matching pulak warna menda-menda tu, nampak sangat suka tona maroon. Bibik suruh aku "please la puan, beli la sepasang kasut tinggi.." aduhai, aku dah lama pencen pakai high heels, karang tak pasal-pasal patah, siapa nak jawab? Ngeee... aku ni berat sangat bumper ke bawah, tak leh tampung kasut tinggi-tinggi. 


Anyways, aku dah kena hantar lagi 2 helai batik lepas kat tailor, seronok tahap gaban dah ni melaram dengan tema batik tradisional Jawa. Tersampuk moyang Jawa manalah gamaknya Cik Puan Tak Pe Je ni? Nanti boleh la aku ambik gambar dan share kat blog rojak aku ni. Okay la, terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

















Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin