Ulangtahun ke-60 Bonda, Kek Kebaboom dan Mee Kari Syurgawi


Assalamu'alaikum. Hari Ahad lepas, 10hb Oktober 2016, bersamaan 9hb Muharam 1438 Hijrah, genaplah usia bonda 60 tahun, tapi kami sambut keesokan malamnya, sebab Pengarah Program, Miss Ida kita tak sempat nak kejar masa dan AJK Makanan, M'am Nai tak sempat nak kejar ayam untuk masak mee kari. Kekdahnya, hari Isnin tu mak ditakdirkan demam, isteri Apih dah kena balik kolej dan suami aku tak sempat habiskan meeting. Terbaik! Tapi takpe la, kita teruskan jugak acara sambutan sambil bagi mak rehat dalam bilik dan keluar potong kek kejap dengan dua orang cucunda. 


Kalau cukup korum dan mak tak demam, lagi la seronok, of course. Tinggal lagi, kita kena selalu ambik yang positif dan nikmati momen yang hadir depan mata. Hidup ni kan singkat dan kita tak tau bila masa kita akan berakhir, kecualilah kita insan-insan terpilih yang Tuhan kasi anugerah istimewa. Bagi kita insan-insan biasa ni, yang tak tau bila saat dan ketikanya nak pergi mengadap-Nya, jangan lepaskan peluang untuk meraikan cinta mesra dan kasih-sayang selagi hayat dikandung badan. 


Kek Choc Indulgence dari Secret Recipe tu favorite hampir semua orang kat rumah, terutamanya mak dan Ajieq, ditaja secara bersama oleh adik-adik tercinta. Siap dengan dekorasinya sekali, memang meriah betul usaha Miss Ida kita. Jakunnya la aku tengok menda-menda tambahan tu semua, terasa diri sangat kertu dan out-dated gitieww. Hehehe. Huntong laaa ada adik hipster macam dia!


Anak aku pun teruja gila dengan semua tu, dah namapun anak zaman. Anak sedara aku pulak nampak gugup, tergamam dia dengan api mercun depan muka, kot. Cuteness overload! Mak tak larat nak lepak dengan kami semua, takpe la.. Bagi dia tidur lepas makan ubat. Pukul 12 tengah malam tu dia bangun dah kebah demam, mintak makan kek birthday dia. Alhamdulillah... sampai keesokannya dia masih makan kek tu, dah memang favorite dia. Sejuk perut dia mengandungkan anak-anak yang beli kek, hurmmm.. Anak dia yang tak beli kek ni, takde la ketinggalan sangat. Sebabnya, esok tu aku teman dia breakfast dengan mee kari leftover sambutan birthday dia, dan dia suka sangat-sangat menu tu. Katanya, bolehlah buat lagi guna resepi yang sama. Ha'ah.. aku pun memang niat nak buat lagi, terbaik gempak kebaboom sungguh rasanya, ambik kat blog mamaqaireen. Mee kari tak lagi mee biasa-biasa lepas makan malam tu, seriously sangat sedap. Ada dua hidangan asing kami sediakan, satu yang letak ayam saja dan satu lagi yang campur udang. Pergh... lapor la pulok!


Adik ipar aku, si Nurul sampai mintak la resepi tu nak buat jugak kat rumah dia. Kira boleh buat juadah hari raya ataupun nak jamu kawan-kawan ataupun hidangan masa open house, cakap masjid tak tipu punya! Korang try la eh... Terima kasih sangat kat tuan blog sudi kongsi resipi bonda dia yang ohsem itu. Semoga dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan. Dan semoga roh bondanya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh. Ameeen. 




Apa-apapun, terima kasih sudi baca sampai habis. Hargailah orang-orang di sekeliling yang menyayangi kita, ok korang. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin