Nuffnangx

Saturday, 1 October 2016

OOTD Post, Update On Batik Lepas

Assalamu'alaikum. SINI aku cerita pasal kain batik lepas yang aku beli dari IG Nagarabatik, yang mana baru dua helai daripada empat kesemuanya dah dihantar kepada tukang jahit. Aku memang dah pasang niat dari awal lagi nak padankan kain batik tu dengan baju-baju yang dah sedia ada dalam koleksi, mix & match aje ikut kesesuaian dan keserasian suasana. Hasilnya, aku sangat berpuas hati dengan kombinasi dari tudung hingga ke kasut, lengkap #teambajutradisional dengan jayanya. Melaram habis hari tu, padahal sebenarnya duduk kat ofis je pun. 


Sebenarnya nak bagi nampak jelas lukisan burung merak kat kain batik tu, aku kena pakai baju yang singkat sikit, tapi tak selesa la pulak, menonjolkan apa yang dah sedia terserlah dari jauh. Lagipun, umur macam aku ni manalah sesuai dah nak pakai sendat-sendat dan singkat-singkat sangat, dah berakhir zaman itu. Tapi itu atas pandangan peribadi dan keselesaan masing-masing, aku takde masalah pun tengok orang lain pakai, tumpang happy bagi pihak dorang. Kalau aku nak pakai tapi terkepit-kepit jalan, self-conscious bagai ayam berak kapur, baik tak payah, buat sakit hati je orang tengok.


Pink, biru dan kuning ternyata sangat menceriakan pandangan.


Akak-akak, sangat...!


Demikianlah adanya, OOTD #teambajutradisional dan #batiklepas seorang aku. Yang lagi sehelai tu entah bila aku nak pakai, tengoklah kalau kena dengan mood dan keadaan, aku akan ambik gambar untuk kongsi dengan korang dalam blog rojak aku ni. Apa-apapun, terima kasih sudi singgah dan baca sampai habis. Selamat berhujung minggu, jaga diri dan hiasi peribadi. Sehingga jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment