Nuffnangx

Saturday, 29 October 2016

Saat Maggi Kari Bertemu Ketam

Assalamu'alaikum. Kat rumah aku ni maggi selalu banyak stok sebab biasalah, bekalan untuk ramai peminat. Tapi Junior dan suamiku tak selalu dibenarkan makan oleh Ma'am Besar Cik Puan Tak Pe Je, kesian kan? Eh, tak payah kesian, kalau sayangkan anak dan suami, memang kena jaga makanan apa yang boleh dan tak boleh selalu dimakan, mana boleh main ikut je kehendak depa sampai memudaratkan. Bila sesekali makan tu kan, nikmatnya lebih bermakna daripada biasa, tak percaya cubalah. 

Anyways, minggu lepas aku tanya apa yang cik abang nak makan untuk dinner, macam selalulah jawapannya tak tau, so aku pun macam biasalah bagi beberapa cadangan. Satu, tak nak. Dua, tak nak. Menu ketiga, Sup Ketam. Jawapannya, "Menarik jugak tu.. Maggi Ketam boleh?" Jawapan yang berbentuk soalan tu aku kasi green light, yang mana aku tau tak boleh suruh bibik buat, kalau nak tengok dia makan banyak. Ya Allah... beriya nya dia makan menda alah tu, dengan aku sekali tersampuk rasa enak yang luar biasa. Lepas ni, menu Maggi Kari Ketam confirm kena masuk dalam To-Do-List sepanjang kehidupan kami. Berangan dah nak masak menda ni hatta di negara orang yang akan kami jelajahi bila-bila masa ada peluang nanti, Insya Allah. 




Resipinya simple yang amat, korang pun dah tau kot... 
Bahan-bahannya:
2 bungkus Maggi Kari
Sebiji telur
2 ekor ketam ( Dibelah dua dan diketuk)
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cm halia
2 biji cili padi
Sawi
Air
Gula secukup rasa

Cara-Caranya:
1- Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dah dimayang, sampai kekuningan dan naik bau. Kemudian, masukkan air 2 sudu makan tak nak kasi hangus menda-menda yang ditumis tadi.
2- Masukkan perencah kari Maggi, kacau dan tambah air ikut selera nak pekat ke cair. Dah mendidih, masukkan ketam, batang sawi diikuti cili padi (dibuang biji dan diketuk). Biarkan seketika sebelum dimasukkan telur.
3- Dah tu, masukkan pula maggi sampai agak lembut, gula dan daun sawi. 
4- Eh, angkatlah weh... dan makanlah cepat-cepat sebelum kembang semangkuk. Jangan lupa baca Bismillah.


~ Nai at Tak Pe Je.

2 comments: