Nuffnangx

Thursday, 3 August 2017

Batwing-Caftan Tunic, Projek Jahitan Tangan

Assalamu'alaikum. Tengahari tadi aku tetiba rasa nak try buat caftan/batwing tunic/blouse, kebetulan terpandang kain cotton lebih yang aku tempah buat instant syria dua tahun lepas. Dah lama duk pikir nak buat apa dengan kain lebih tu, kalau tudung dah berlambak-lambak, tak kuasa nak tambah dah. Alang-alang dah datang seru, aku takde nak tangguh lagi, terus bawak masuk bilik dan kerjakan kain itu dwngan penuh semangat waja. Manalah aku pernah buat baju bagai, jadi aku ambik caftan yang adik aku beli kat Bangkok beberapa tahun dulu, bagi hadiah kat kakak dia, jarang bebenor kainnya, aku duk buat baju tidur je selama ni. Dengan berpandukan caftan itulah aku potong sana, potong sini, jahit sana, jahit sini, zasss siap! Hek eleh, senang jer...! Hahah takat buat caftan boleh la nak berlagak, kan? Cuba suruh buat baju kurung tengok, mau menyorok dalam almari! 


Ingat nak potong kasi pendek sket tunic ni, tapi mak kata tak payah, dah elok labuh bawah lutut, hurmm.. aku akur aje ler, boleh jugak aku pakai jadikan dress santai kat rumah. Pakai dengan jeans pun elok jugak, cuma nanti aku nak trim jugak sket, at least jahit kasi proper kat bahagian hujung kain. 



Bagus sebenarnya pandai menjahit ni, cuma aku tak mahir menggunakan mesin jahit. Kalau takat jahit jelujur macam caftan dalam gambar ni, boleh ler jahit tangan, tapi kalau nak buat baju kurung, masak ranum ler jawabnya. Aritu aku jahit sampul bantal boleh je guna mesin, entahlah kenapa takde keberanian mahupun keyakinan nak jahit baju. Tak tau la kot tetiba datang seru esok lusa, dah tertunduk2 buat eksperimen menjahit baju kurung pulak, perghh... that would be the day la, kan? Eh, ada tak tutorial jahit baju kurung dalam you.tube? Try carik la kejap lagi, manja-manjakan mata dulu sedetik dua detik lebih, ambik mood dulu.. hahahha entah apa-apa entah Puan Nai ni sekarang! 

Okay la, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.





No comments:

Post a Comment