Projek Nerfgun Display Anakanda Tercinta

Assalamu'alaikum. Dah lama terbengkalai projek ni, padahal pegboard tu aku beli dari awal tahun lagi, betapa banyak halangan nak menjadikannya suatu kenyataan. Minggu lepas akhirnya berjaya jugak direalisasikan impian aku nak tengok koleksi nerfgun anak aku tersusun indah, tergantung di dinding seperti selayaknya. Kebetulan ada orang datang pasang penarik asap kat dapur, aku mintak dorang pasangkan sekali 3 buah pegboards yang selama ni menyakitkan mata je tersandar kat dinding, menunggu masa disempurnakan kejadian. Balik je dari sekolah, aku mulakan aktiviti menyusun senapang-senapang dalam koleksi Junior, ikut kreativiti dirinya sendiri. Aku cuma bantu lekatkan S hooks kat pegboards tu, selebihnya dia sendiri yang tentukan. 


Nak pasang menda ni kita kena ada alat-alat kat bawah ni, berserta drill dan screw driver, of course. Serba 4 ni hanya untuk sekeping pegboard tau, jadi sila darab sendiri mengikut jumlah pegboard yang korang nak gunakan, hokey? Jangan kata akak tak payung pulak, tau! Washers tu korang lapik banyak-banyak pun takpe, biar lega ruang antara permukaan dinding dengan pegboard yang nak digantung. Cara ni lebih mudah berbanding guna kayu sebagai platform, pada pendapat aku la, kan? Sebabnya nak dapatkan kayu tu tak semudah dapatkan washers.


Sekarang ni masuk je bilik anakanda, yang mula-mula menyambut pandangan kita adalah koleksi nerfgun yang kemas dan teratur. Hampir sempurna dah kehendak mummy dia, tinggal nak elokkan sikit je lagi, tunggu bajet kukuh dulu. Setakat ni, dah lebih daripada memadai, alhamdulillah... yang sedikit kita syukuri, mudah-mudahan dikurniakan yang banyak pula nanti, Insya Allah. Kalau korang terasa nak buat display macam ni, rajin-rajin la jenguk instagram yang ada menjual pegboard. Aku ingat nak beli lagi nanti, buat letak stationeries budak bertuah tu pulak, tapi bukanlah pada waktu terdekat ni. Perancangan suam-suam kuku je dulu, takde la serius sangat pun lagi.

Itu je la nak cerita kali ni, terima kasih sudi jenguk dan baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan