BFF's Belated Birthday Treat @ Chilli's, KLCC

Assalamu'alaikum. Dua hari lepas aku beriya pakai batik bagai nak pergi jumpa orang kat Subang Jaya, tapi berangan apa ntah, dah tersilap tarikh, awal sehari. Buang duit je weh naik grab, aishh...! Akhirnya aku suruh driver tu hantar aku kat Mydin, alang-alang dah sampai Subang. Jakun gila lama tak jejak Mydin Subang, terasa macam rusa masuk kampung. Dalam keadaan yang takde plan nak membeli-belah, aku terus menuju ke tingkat 1, kawasan keperluan umrah dan haji. Bukan apa, aku suka sangat tengok barang2 tu, sambil memanjatkan doa dan harapan yang tak pernah kunjung padam. Aku sempat la jugak beli dua pasang stokin, dua pasang stokin tangan, sehelai telekung mini dan sepasang oven gloves, yang kebetulan ada dekat dengan kawasan sama. 


Masa tu kawan aku, si Za dah blast dalam wassap group nak ajak celebrate belated birthday Jdah kat KLCC kul 3.30pm. Jdah pulak memang tengah jaga kedai nasi kukus dia kat Subang Jaya, sibuk offer nak ambik aku pergi sekali dengan dia. Tapi aku memilih untuk panggil grab car dan balik rumah dulu, makan nasi sebab aku dah menggigil kelaparan bila masuk je pukul 12.30 tengahari, duk bertahan je sepanjang berada di Mydin. Perjalanan menuju ke Setiawangsa terasa macam lama sangat-sangat, kalah pergi KLIA pulak. Dah makan sesenduk setengah nasi, aku baru rasa lega dan selesa nak solat zuhur. Siap-siap, masih berpakaian batik sutera Terengganu berona biru dan bertudung kelabu perak, aku sekali lagi panggil grab car, ke KLCC pulak kali ni. Ingatkan aku dah lambat, rupa-rupanya aku yang paling awal sampai, lepak tunggu dorang kat depan Melur & Thyme.


Za nak belanja Jdah kat Chilli's, takpe la, aku insist nak tong-tong sekali, baru best. Gila lama tak jenguk tempat ni, last sekali masa Junior umur 5 ke 6 tahun entah. Tapi dah kawan-kawan suka kat situ, aku ikut je la.. kalau aku, lagi berkenan lepak kat Aseana makan pisang goreng. Heheh depa gelak je bila aku bagitahu preference itu, ye lah, aku memang selamanya team tradisional, dari pakaian sampailah kepada pemakanan.


Kenyang lagi wen, nak makan macamana? Dorang pelik kenapa aku dah makan dulu kat rumah, kan janji nak lepak makan-makan? Tapi aku tak tahan, aku cakap, lapar sangat... orang diet memang cepat lapar weh.. pagi kul 8 aku makan sekeping roti wholemeal, by 12.30pm perut dah mintak diisi. Lagipun, lunch aku makan nasi tak lebih daripada sesenduk setengah, nanti petang aku makan ringan-ringan pulak. Logik la tu... diet aku bukan berlapar, itu crash diet, dan memang tak sesuailah cara memaksa diri dengan aku.


Lalu, aku biarkan kawan-kawan memilih makanan depa... Jdah pilih steak, Za pilih kombo ayam, salmon dan rib eye. Silalah, aku tumpang happy. Bak kata Jdah, apa nak heran.. aku dah selalu BBQ kambing kat rumah. Hehhe betul la tu, aku dah terlampau biasa, jadi tak sibuk nak cari kat luar.


Tapi takkanlah aku tengok terkelip-kelip je, kan? Maka, aku pesanlah chicken salad, yang sudahnya pinggan paling besar antara kami bertiga! Aduhai... bercinta aku pusing-pusing, kais-kais garfu.. nasib baik Jdah tolong makan sekali. Orang lain dah licin, aku tak luak pun lagi, tau tak? Dekat dua jam kemudian, barulah habis... itu pun dengan bantuan Jdah.


Za pesan depan-depan Jdah masa mula-mula ambik order, suruh bawak secawan birthday cake lepas habis makan. Memang la tak saspen, tapi dah nama pun belated birthday dari awal, apa ada hal? Heheh. Terserlah kegembiraan di wajahnya yang ayu.


Semoga Jdah sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah sehingga akhir hayat. Ameen...


Dan semoga persahabatan kami berkekalan hingga ke taman firdausi nanti, Insya Allah...


Kami berpisah lepas solat Maghrib, bukannya reti sekejap kalau berjumpa. Nak dapat kesempatan macam ni pun tak mudah sebenarnya, jadi, impromptu plan sebegini amatlah dihargai dan dialu-alukan.


Itu je la buat kali ni, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.













Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin