Nuffnangx

Sunday, 6 August 2017

Dilema Lepak Kat Lazada

Assalamu'alaikum. Dah lambat ni aku tau, tapi ye lah, tertidur pulak petang tadi, mulalah jenuh nak pejamkan mata sebelah malamnya. Lagi bahaya kalau lepak kat Lazada waktu-waktu sunyi sepi semua orang diulit mimpi macam ni, ngeri sangat tau..! Contohnya, aku dah berkira-kira nak beli mesin jahit pulak, apa kena entah dengan aku ni semua nak buat sendiri, hatta menjahit baju. Bukan apa, kan ke senang kalau ada mesin jahit yang sesuai untuk amatur tahap tadika macam aku ni, barulah tak gugup nak guna macam mesin old school bonda jenama Singer tu. Kalau model Singer yang baru pun ada jugak untuk beginner tapi harga mahal la, nak expect apa lagi, dah memang branding depa kukuh dan utuh.


Takde la nak beli sekarang pun, saje berkira-kira dan buat survey sikit-sikit. Aritu masa nak beli pressure cooker pun macam tu jugak, jenuh ulang membaca review sana sini. Tunggu bajet mengizinkan la, takkan lari Lazada dikejar, yang selalu merempit adalah bajet sebenarnya. Tak terkejar mak, nyah! Aku ingat nak kena belajar buat pelan dulu.. bukak baju yang dah tak pakai, tekap atas kertas minyak dan buat pelan. Senang nanti nak jadikan model untuk menggunting kain dan menjahit ikut ukuran, takde la macam ular kena palu, kan?


Mana satu eh nak pilih, perawan atau janda? Hehehe tetiba. Hati aku berat kepada mesin yang nombor dua tu, review pun lebih baik yang itu. Tak rugi pun beli mesin yang elok dan semenggah sikit, nanti bukan aku je yang pakai, tak percaya tengok la... bibik dah sah-sah akan menyambil, bukannya tak kenal dia. Bila ada slack kat mana-mana, pandai je buat tak tau. Heheh. Tapi takpe la, sama2 la kita pakat jaga barang-barang tu nanti, pesan aku kat dia. Dah melompat-lompat dia bila aku tunjuk gambar calon-calon mesin jahit yang mungkin akan aku beli sedikit waktu lagi. Tak sabar la tu nak menjahit... 

Anyways, lepas Isyak tadi aku terasa nak buat kek marble, sebab dah takde menda menarik nak dihidangkan kepada raja rumahtangga masa breakfast. Dia bukan macam aku boleh makan roti hari-hari tanpa jemu, jadi eloklah kiranya aku buat kek marble, lagipun minggu lepas bibik dah buat kek mentega guna resipi turun-temurun bonda, yang ditulisnya dengan gigih dalam buku latihan. Kali ni aku pulak buat, terkial-kial betul dari awal sampai akhir, maklumlah dah sedekad aku tak menceburi bidang pembikinan kek ni, banyak yang dah lupa. 




Aritu punya:


Masih banyak yang perlu diperbaiki dan diperhalusi, takpe.. kira boleh tahanlah ni, sekurang-kurangnya adalah jugak nampak rupa. Cuma tadi serbuk koko takde, aku gantikan dengan coklat masakan dan milo. Manisnya lahai... lekat lagi kat tekak ni, tapi bibik kata okay, memang patutnya manis sebegitu. Dalam hati aku kata, of kos la, dah nama pun letak coklat masakan dengan milo, maunya tak manis? Orang yang suka makan kek takde nya akan rasa manis, aku ni kan dah dekat 5 bulan minum air masak je siang-malam, mestilah terasa obvious sangat kemanisan kek itu. Next time buat, memang kena pastikan serbuk koko ada dalam simpanan, tak payah nak ganti dengan bahan-bahan lain pulak. 

Okay la, jom kita tidur, karang esok tak bangun subuh. Jumpa lagi lain kali, terima kasih sudi baca. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



No comments:

Post a Comment