Demi Bonda & Hajatnya, White Garden Wedding

Assalamu'alaikum. Bulan lepas mak kena buat CT Scan nak tengok tahap mana dah kerosakan paru-parunya. Bila dapat result, doktor pakar sahkan bahawa sebelah paru-paru mak dah kronik betul, dan mak akan menderita batuk berpanjangan sehingga akhir hayat. Tiga hari lepas makan ubat yang doktor pakar kasi untuk radang, mak batuk keluar darah berhari-hari lamanya, tapi nasib baik dia tak penat dan tetap berselera makan. Sejak itu, aku ambik alih dapur daripada jajahan takluk bibik, cuma tak buat press conference je kat rumah tu. Orang tak perasan pun tindakan aku tu disebabkan keadaan sakit mak, masing-masing ingat aku diserang angin rajin memasak pelbagai jenis hidangan baru. Matlamat jangka pendek aku adalah untuk memastikan mak sihat untuk attend majlis sambut menantu kawan baik dia dengan arwah ayah masa belajar kat UK dulu. Dalam batuk yang beriya, mak bagitau aku hasratnya nak pergi jugak walau macamana keadaan sekalipun. Aku angguk dan senyum je, sambil teruskan misi penting sebagai penyelia makan-minum kat dapur.


Rebus-kukus-panggang-ulang. Itulah menu yang aku buat sendiri hari-hari demi memastikan matlamat jangka pendek itu tercapai. Man Jadda Wa Jada, maka alhamdulillah dengan izin-Nya, berangkatlah kami ke majlis resepsi yang diadakan di K'Seena House, Kuang. Masa majlis tu la aku dedahkan pelan dan tindakan aku di sebalik menjadi chef yang selalu tampil dengan resipi baru semenjak dua tiga menjak ni. Seronok tengok mak senyum, gelak dan ketawa sepanjang majlis berlangsung. Dalam hati, Tuhan aje yang tau macamana aku rasa, tak terucap dah kesyukuran pada rahmat Yang Esa.


Kami berjiran di negara orang, menjadi saudara sesama Islam dan kekal saling menyayangi di bumi Malaysia. Indahnya suatu silaturrahim dan kasih-sayang kerana Allah.


Anyways, aku memang jatuh chenta tergolek-golek kat tempat ni, walaupun jauhnya yaamat dari rumah. Kalaulah aku ni duit tak habis dan tak tau nak letak mana, nak je aku beli rumah dan tanah tu buat hak milik tetap. Bosan-bosan duk KL, lari kejap bertapa kat situ. Oh, bertuahnya generasi Old Money macam pemilik rumah K'Seena ini... aku tumpang happy.


Kebetulan masuk pulak OOTD aku dengan rumah dan tema majlis resepsi anak kawan mak, haruslah ambik gambar sampai lebam, kan? Baju Kurung Pahang tu tetiba nampak sangat ohsem pulak berlatarbelakangkan pemandangan yang terlalu indah pada pandangan mataku.


Dah pulak pelaminnya mak ai... tak nak balik, boleh? Tumpang bergambar je ler... masuk elok je dengan segala backdrop, hurmmm... huntung laaa...!


Misi jangka masa pendek aku dah berjaya dilaksanakan. Mak pun dah happy sungguh-sungguh nampak gayanya. Dan misi jangka masa panjang aku, adalah untuk menjaga dan menyelia pemakanan mak selagi hayatnya dikandung badan. Doakanlah aku ni panjang umur, nanti siapa pulak nak jaga mak, kan? Kalau aku sebut pasal pergi dulu depan mak, dia tak kuat nak dengar. Tapi kadang-kadang terpaksa jugak aku guna ayat tu, especially bila nak hentikan drama mak duk sebut pasal dia dah tak lama hidup di dunia ni.


Setakat minggu ni, batuk mak makin elok nampaknya, alhamdulillah... darah pun dah berhenti. Dia masih akur dan patuh dengan menu sihat yang aku pantau, mudah2an berkekalan. Agaknya dia dah nampak hasil daripada penjagaan pemakanan, jangan duk ikut sedap tekak je, kan? Gitulah jaga orang tua ni, sabar mesti mau lebih, dorang dah jadi budak-budak balik. Kita esok tak tau lagi keadaan macamana masa tua, kan? Sama-samalah kita berbakti kepada orang tua kita selagi terdaya dan diizinkan Allah. Hidup biarlah berjasa, jangan duk sibuk menyesakkan jiwa orang lain, takde pekdahnya. Okay la korang, terima kasih sudi baca. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.







Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin