Nuffnangx

Saturday, 26 August 2017

Pajeri Nenas MD2 Dari Dapur Nai @ TPJ

Assalamu'alaikum. Hari ni hujan lebat betul dari sebelum subuh sampailah awal pagi, best nya kalau boleh menyambung tidur tak ingat dunia. Tapi dah nama pun bukan lagi bujang, maka bawak-bawaklah ke pasar tani bila hujan dah sidang, kan? Masih renyai-renyai, berpayunglah aku ke gerai ayam, daging dan ikan. Lalu depan gerai nenas MD2, baka Hawaii katanya, aku terpanggil untuk mengambil tester dan jatuh cinta rasa pertama. Mak ai.... manisnya nenas itiewww! Cuma takde rasa lemak macam nenas Thailand, takat manis tu dah boleh kira satu level dah... Aku beli 1 bekas yang isinya 700 gram untuk dimakan begitu saja dan sebiji yang harganya RM19 untuk dibuat pajeri. Tauke gerai nenas tu siap kupas dan potong lawa-lawa nenas tu, balik rumah tinggal masukkan je dalam bumbu pajeri. Menurut kata abang tu, nenas MD2 ni banyak khasiatnya, bagus untuk pecahkan kolestrol, sesuai untuk orang ada gout, hatta orang mengandung sekali pun boleh makan sebab tak tajam. Makan sebelum breakfast pun takde hal, sebab tak tajam tadi tu la. Maka, beriya la aku duk makan share dengan bibik bahagian paling bawah yang dia potong untuk aku balik masak.


Tak zzzzabar punya pasal, balik rumah tu cepat-cepat masak dan pukul 12.30 tengahari dah panggil pakwe turun makan. Pajeri ni aku tak letak santan, sebab resipinya dah menggunakan banyak kerisik. Aku dah suka gila kuah macam tu, tapi pakwe aku prefer pekat lagi sikit. Hurmm... noted, love, kata aku selamba.. tapi dalam hati, 'ala.... kita suka macam ni..' Hehehhe. Takpe la, tadi pun aku tak ikut sukatan sebenar resipi, patutnya guna 4 sudu besar kerisik, aku letak tak sampai pun 3 sudu. Next time aku ikut sukatan asal, tengok samada dah sesuai belum dengan selera cik abang. Selama ni ikut resipi bonda, ada letak santan macam masak kari biasa. Lepas ni nak jadikan resipi ni sebagai signature dish pajeri dari sudut dapur Nai at Tak Pe Je... padu, gitiewww...!


Yummmeh...! Aku tak sentuh pun ikan goreng tu, sama dengan cik abang jugak... pakat duk makan pajeri, daging goreng dan ikan masin je. Seronok dapat makan apa yang menjadi idaman kalbu, kan?Lama dah tak makan pajeri nenas, masak apatah lagi. Bukan apa, kalau tak kena cara masak, pelik karang rasanya... terlebih itu ini, begitu begini. Dah cerewet naw2, sendiri bikin ler, apa lagi, kenn?


Buat pajeri guna nenas MD2 ni ternyata berbaloi-baloi, kena la dengan harganya, kot ye pun, Puan Nai oi..! Aku guna pressure cooker, lepas tumis dan kasi mesra kari dengan nenas, 4 minit diletakkan pada fungsi tekanan, dah elok empuk. Itu yang cepat boleh duduk berdua makan sambil tersengih-sengih. Hahhah bahagia sangat dapat pajeri gamaknya. Mak pergi kenduri rumah kawan, takde kat rumah. Anakanda ulang makan pizza yang dia order malam tadi, kenyang lagi katanya. Bibik sibuk kulu-kilir antara porch dengan dapur, ada la tu kerja dia. Jadi, kami je la berdua tadi. Malam ni Insya Allah ramai, semua adik-beradik akan datang bertandang. Mak nak buat sambutan birthday aku, tapi nak aku yang masak mee kari, hurmm... takpe la, layankan aje.

Gitu la cerita hari Sabtu aku buat kali ni, terima kasih sudi singgah dan baca sampai habis. Selamat berhujung minggu dan segala yang terindah semoga menjadi milik kalian. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

2 comments:

  1. Favorite my Hubby.
    akak selalunya mmg pakai santan dan kerisik.
    mmg terangkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah taste dia dgn suamiku.. hehhe
      Ye ke kak? Guna dua2 sekali eh? Nantilah cuba...

      Delete