Nuffnangx

Wednesday, 2 August 2017

White, Blue & Lamb Curry

Assalamu'alaikum. Biasanya hari Rabu aku akan post entry tanpa bicara, ala2 Wordless Wednesday gitu. Hari ni aku rajin sikit, jadi ada la menda nak diborakkan sekali, takde la letak gambo aje, kan? Dulu2 masa zaman anak dara, dari sekolah menengah sampailah ke Matrikulasi Lembah Pantai, aku punyalah gemar pakai serba putih, dah macam langsir bergerak. Ye ler, sheer kaler putih tu pun kalau boleh aku memang geram je nak pakai, jangan tak tau! Makanya, banyak betul koleksi aku blouse dan skirt putih, yang ada warna lain kalau bukan handbag, adalah file yang aku kelek ke hulu ke hilir. Masa tu, sampaikan tudung pun aku pakai bawal kaler putih, mau terkejut kalau terserempak malam-malam buta kat koridor asrama! Tema serba putih kemudiannya bertukar kepada serba hitam bila aku masuk Main Campus kat Gombak, hati menjadi sedikit berbeza, walaupun pertukaran warna itu sebenarnya bagaikan langit dengan bumi. Tapi kena ingat, aku jenis extreme, biasalah tu kalau macam takde pertengahan.


Sejak minggu lepas, aku teringin pakai serba putih semula, entahlah kenapa. Mungkin aku dah bertukar kembali menjadi diri masa zaman muda remaja? Mungkin tidak. Mungkin jugak aku memang tak pernah berubah pun sejak dulu, dalam hati yang paling dalam, aku sentiasa orang yang sama. Keadaan je yang mengubah penampilan dalam kebanyakan masa. Cuma kali ni takde la aku pakai macam langsir bergerak, putih atas sampai bawah, buang tebiat ke apa? Macam dalam gambar2 ni, aku pakai tudung satin biru... nampak berseri sikit, kan? Heheh karang dah macam berkabung pulak, tak pasal-pasal orang salah paham.


Tudung ni dah lama aku beli kat Ariani aritu, tapi tak sempat2 nak pakai, kira ni kemunculan sulung la gitu, lawa kan kaler dia? Tudung satin empat segi ni leceh sikit nak pakai, dah pulak kalau lama bergantung kat hanger lepas gosok, ada tendency nak berkedut kat bahagian kepala tu. Tapi apa ada hal, belasah je ler... janji boleh jalan. Usaha aku ambik selfie, maklum ler teruja pakai baju dan skirt putih macam zaman muda-mudi. Bajet muda lettew! 



Anyways, hari nan putih aku turut disulami dengan cerita kari kambing. Aku ketepikan masa untuk mencuba resipi baru yang aku belajar kat you.tube, masak kari tanpa menggunakan serbuk kari, tapi mengahwinkan beberapa rempah ratus untuk menggantikannya. Kira macam rempah buatan sendiri la lebih kurang, teringat sangat macamana arwah nenek aku dulu menggiling kesemua rempah ratus secara manual setiapkali nak masak. Mana ada tandingan masakan dia, hatta mak dan mak saudara aku sekali pun, yang belajar direct dengannya. Kalau dia masih hidup, mesti aku terhegeh2 nak belajar jugak, tapi apakan daya, yang tinggal hanyalah kenangan indah bersamanya.


Korang tau, kenapa aku buang tebiat nak masak hari2 sekarang? Sebabnya, aku nak tinggalkan legasi dan memori indah kepada anak cucu dan orang-orang tersayang di sekeliling aku, macam yang nenek aku buat. Nanti satu hari, anak cucu akan terasa seronok tiapkali nak datang jenguk aku, nak rasa signature dish yang Tok Mami buat. Hahahah berangan pulak nama jadi Tok Mami. Apa2 je ler, labu!  Ni aku nak kena berenti, gi tengok roast chicken aku kat dapur, ntah apa2 jadi belum masak kat bahagian dalam. Catch you later, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je. 


N/B: Update sket.. hasil roast chicken aku arini, bekas comot-comot lagi lepas tuangkan jus daripada rempah-ratus dalam oven... 

2 comments: