Diari Hujung Minggu Seorang Aku

Assalamu'alaikum. Sabtu biasanya masa untuk aku ke Pasar Tani, beli lauk dengan bibik. Paling minimum, itulah rutinnya setiap dua minggu sekali dalam sebulan. Nak beli lebih daripada tu nanti masalah storage pulak, selain masalah bajet. Hari ni kami turun lambat sikit, sekali ayam dah kena rembat semua, orang sibuk nak buat open house la katakan. Akhirnya aku beli perut dengan daging cincang je, balik tu singgah kat Giant beli sayur pulak, sebab lagi murah harganya berbanding pasar tani. Menu hari ni: Sup sayur, padprik perut, kerabu perut dan ikan goreng. 


Melepak kejap minum air milo dan makan vitamin, sebelum naik mandi-manda dan bersiap-siap nak ambik report card anak kat sekolah. Aku pakai shawl semalam, masih elok takde bau segala, tukar inner je. Lagipun shawl tu aku pakai masa pergi KLCC kejap je petang semalam, pukul 4 - 6.30pm, tak sempat nak busuk pun. 


Sampai kat sekolah pun dah pukul 12.30 tengahari, penuh parents menunggu nak jumpa guru-guru subjek pilihan. Aku memang set dalam minda nak jumpa cikgu Geografi, Sejarah dan Bahasa Arab je, sebab yang lain aku dah jumpa personally lepas semester pertama aritu. Kira ok la, pertemuan dua mata yang mudah2an dapat memanfaatkan anak bertuah, Insya Allah. Nak borak panjang-panjang pun, perut dah berkeroncong. Jenuh jugak perjalanan pergi dan balik musim open house ni, sila banyakkan bersabar. Balik rumah tu aku makan dengan penuh selera, dekat dua senduk jugak la portion hari ni. Mari betul padprik perut tu dengan sup sayur yang diletakkan tauhu Jepun dan chap choy. Pergh... terbaiklah! Mak cakap, sila jangan kurus sangat, tak lawa kalau nampak cengkung. Aku gelak je ler, kelakar tengok dia panik.. takut sangat anak dia jatuh sakit macam dulu. 

Oh ya, lupa nak cerita.. setelah 4 hari demam beriya, hari ni pakwe aku dah steady balik. Dia pun berselera dengan menu pilihanku hari ni, Alhamdulillah. Dinner pun kami makan menda yang sama, cuma sayur tu ditumis baru, jadi sangat segar dan terangkat gitu! Esok ada open house ni, makan lagi. Hurmm...

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan