Mood Nak Pakai Pashmina & Cerita Hari Khamis Yang Panas

Assalamu'alaikum. Lama tak pakai pashmina shawl, jadi rindu pulak tiba-tiba, sekali duk recycle shawl yang sama dah 2 hari. Entahlah nak kata mengarut ke apa, tapi aku ambik keputusan untuk gunting rambu-ramba yang menjadi signature pashmina shawl hujung ke hujung. Elok je pada pandangan mataku, kot korang nampak janggal, aku tak boleh nak cakap apa la kan.


Hari ni aku masuk ofis settle kan apa yang patut, update client dan panggil grab untuk mengadap pegawai bank di Bukit Bintang. Ada dekat setengah jam jugak tadi kena tunggu clearance dan approval daripada manager untuk transaksi yang aku buat bagi pihak client. Lunchtime masa tu, terasa jugak perut berirama keroncong sekali-sekala, tapi logiklah, dah nama pun puasa, aku pujuk hati. Tahun ni keadaan tak mengizinkan aku berpuasa enam hari berturut-turut macam tahun-tahun sudah. Tinggal lagi, aku cari jugak peluang nak bagi cukup enam hari, tak kisahlah nak kena ambik gap lama mana antara setiap jumlah hari. Selesai di bank, aku naik grab balik ofis, sambung pemantauan itu ini begitu begini. Cadang nak lelap dalam setengah jam sebelum turun ambik anak kat sekolah, tapi macam-macam duk teringat kerja itu kerja ini belum settle. Akhirnya dapatlah tidur-tidur ayam lebih kurang 20 minit campur tolak. Jadilah daripada takde langsung, kan?


Demi mengelakkan daripada terperangkap dalam traffic jam, sebelum pukul 4.30pm tayar dah berpusing menuju MRR2 dan kejap je dah sampai Gombak, bagus traffic flow hari ni.. tak sampai 20 minit pun perjalanan. Aku siap boleh park kereta kat dalam perkarangan sekolah lagi, punyalah best. Pelan-pelan aku berjalan ke surau sekolah untuk solat Asar sementara menunggu anak bertuah selesai latihan karate. Hampir hilang jugak kesabaran aku tadi bila dia tak nampak kereta dan tak perasan aku duk hon banyak kali panggil dia, menonong berjalan ke tempat yang aku biasa tunggu, sambil makan burger. Ishh.. kena keluar pergi panggil dia pulak, jadi satu kerja. Panas gila kot cuaca, mummy dia ni jenis tak tahan panas, mulalah cepat hilang sabar. 

Tapi takde la melarat rasa marah tu, buat hilang pahala puasa je. Dah tu, agak merangkak jugaklah tadi jalan menuju Setiawangsa, aku tetap lalu MRR2 tak ambik DUKE Highway pun, ikut gerak hati dan keselesaan perasaan masa tu. Kadang2 hati lebih cenderung suruh guna DUKE, ikutkan aje jangan duk lawan, karang ada je menda yang menjemput sesalan. Cuma tadi masih terkawal kesesakan jalan, sekurang-kurangnya dah boleh bawak laju di lorong paling kanan menuju Taman Melawati. Sampai rumah dalam pukul 6.35-6.40pm, kira okay la tu, Alhamdulillah, solat Asar pun dah settled lagipun, takde la rushing bagai. Naik rehat kejap, tidur-tidur ayam kejap, dah masuk waktu Maghrib. Maka berjayalah aku melengkapkan puasa hari ke-4 Syawal tahun ni. Esok dan lusa tak tau lah mampu ke tidak aku sambung untuk genapkan 6 hari, kita tengoklah macamana nanti. 

Terima kasih sudi baca, sampai jumpa lagi nanti. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

  1. assalam kak., lama tak dtg baca celoteh akk nai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsm dik... dunia blog tak mcm dulu, kan.. kita lebih byk lepak kat Instagram & FB.. tqvm sudi datang kembali..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan