Bila Rencana Diubah Keadaan

Assalamu’alaikum. Dari awal bulan Januari aku pos kain saree untuk dijahit seorang saudara di Terengganu sana, nak jimat punya pasal. Dah berapa majlis resepsi pernikahan berlalu pun aku tak tau, tak siap-siap lagi tempahan itu. Sehinggalah semalam, malangnya apa yang aku rancang terpesong dari landasan. Adoi... sabo je ler! Kurung Pahang aku ni dah nampak macam kacukan kebarung dengan kebaya dengan kurung, tetiba je tailor tu letak boarder kat tengah. Hurmm... tapi aku tak la frust sangat sebenarnya, at least ada kelainan daripada pattern yang dah biasa aku pakai.



Tinggal lagi, cutting badan aku sekarang ni tak macam dulu, jadi kurung Pahang dah tak berapa helok pulak dengan aku. Tapi mungkin itu perasaan aku je kan? Mak aku of kos la kata lawa, sebab dia prefer tengok aku pakai longgar gobos bagai. 

Takpe la Nai, banyak lagi kain saree yang menanti di kedai pujaanmu itu, bila-bila ada duit lebih boleh je kunjungi dan rembat sepasang dua, kennn?

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker