Garamkan Kulit Kepalamu

Assalamu’alaikum. Hari ni aku nak kongsi petua hilangkan masalah kelemumur dan kulit kepala, ataupun masing2 dalam Bahasa Inggerisnya dandruff dan scalp. Bagi sesiapa yang dah kehabisan cara nak mengatasi masalah gatal-gatal kepala akibat kedua-dua faktor itu, anda tidak keseorangan. Banyaaaaaaaak sangat orang lain mengalami dilema yang serupa, salah seorangnya akulah! 



Macam aku ni, ada satu lagi masalah, yakni rambut gugur. Nak dijadikan cerita, satu hari macam biasa pagi2 hantar anak sekolah aku dengar hot.fm dalam kereta. Gang Pagi Hot kan ada 3 serangkai kumbang yang meletup: Shuk, Ajak & Fizi. Sekali Shuk ada kongsi petua untuk kurangkan masalah rambut gugur. Katanya, campurkan garam dengan shampoo harian kita, nescaya akan ada perubahan yang ketara selepas diamalkan dengan konsisten. 

Aku pun amalkanlah, dan memang ternyata berkesan untuk masalah rambut gugur. Tapi tak dapat nak membantu gejala gatal kulit kepala yang menggila, malangnya. Hari2 kot aku shampoo rambut dicampur dengan garam, sampai tetiba jeng jeng jeng... keluar sehelai rambut berwarna putih di kepalaku! Ha! Ha! Ha! Aku Ketawa. Hurmm insaf sungguh, maklumlah umur 42 dah sampai waktunya keluar uban, kan? Tapi aku teringat pesan bonda, tak boleh shampoo hari2 nanti cepat uban. 

Termangu seketika, aku pun tukar cara. Dah tak campur dengan shampoo, aku guna semata2 garam untuk menggahal kulit kepala secara rawak. Setakat ni alhamdulillah tak payah hari2 dah shampoo rambut, hatta tak basahkan rambut pagi2 pun takde rasa macam nak cukur kepala bagi botak. 

Korang boleh google khasiat garam sebagai shampoo ni, tak payah aku ulas beriya. Cuma aku secara peribadi, gunakan garam laut mati jenama Al-Zarra keluaran Cosway. Garam kan mengandungi kadar mineral yang sangat bagus, apatah lagi garam laut mati. Kot la korang nak cuba, silakanlah...

~Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan