Hari Terakhir Januari 2018

Assalamu’alaikum. Hari ni cuti Hari Wilayah, semalam cuti Thaipusam. Naik lemau badan cuti lama-lama, bosan. Esok Jumaat keja, kemudian cuti hujung minggu kan? Itulah, aku pesen tak gemar cuti panjang kalau takde aktiviti nak buat. Kebetulan period, lagi terasa kekosongan aktiviti yang biasanya terisi 5 waktu. Takpe la, layankan tidur sekali-sekala pagi-pagi. 

Meh kita cerita pasal semalam, 31hb Januari 2018. Kami 3 beranak pergi meraikan majlis seorang kawan yg berkongsi harijadi dengan anak bongsunya di Flora Cafe, AmpWalk Building. Amboi... dah macam majlis resepsi tunang je, teruja ler tengok! 


Awal aku bersiap, sebenarnya nak keluar pergi tempat lain. Sekali member wassap ajak attend majlis birthday, kensel plan asal dan memandangkan ada sejam sebelum ke sana, aku conteng sket mata dan muka. Ada la foundation dan 2 jenis bedak cerah dengan gelap digunakan, maklum la nak kasi efek contour konon-kononnya. Mood lembut, aku pakai lipbalm yang ada kaler je tak pakai lipstik pun. Kami turun jam 12pm naik grab ke sana.



 Pagi2 tu aku wish birthday kat kawan dalam FB, terlupa nak wish birthday anaknya sekali. Terasa budak tu, terus DM kat Instagram ingatkan aku. Syahdunya lahai... jatuh air mata aku, maklum ler over sensitip bab2 anak ni. 


Aku ingat, cuma tak sangka la dia bangun pagi2 sangat baca FB ayah dia. Memandangkan sama follow dalam Instagram, aku bagi wish kat situ cepat2.. letak gambar masa dia kecik lagi 6 tahun lepas, ke 7 entah. Sekarang Darjah 3 tak silap aku si Caie ni, cinonet jer sangat. Anak bongsu la katakan, memang manja lebih sket. Aku takde hal, expert memanjakan makhluk Allah, Alhamdulillah. Cuma kucing aku dah tobat lahom tak leh manjakan, tak leh move on bila depa mati. Manusia mati jugak, tapi lain rasa sedihnya. Lagipun, manusia mana boleh suka suki aku pilih tak nak campur, sayang mahupun manjakan. Complex kan? Itulah aku.



Makanan kat Flora Cafe tu sedap-sedap, ada rasa la kata orang. Aku makan soto ayam, Alhamdulillah lama tak makan soto sesedap itu. Rehat kejap, makan bubur kacang pulak. Pun sedap. Spaghetti, bihun goreng dan rojak buah aku tak sentuh, dah penuh kontena yang kecik ini.



Inilah sepasang Datuk dan Datin yang tak pernah sombong dari dulu, kini dan selama2nya Insya Allah. Banyak kenangan pahit manis kami sekeluarga kongsi bersama, Allah jua yang lebih tau. Dari anak2 sekolah rendah sampailah dah ada yang masuk U, mudah2an kekal hingga ke Jannah ukhuwah ini. Ameen.



Dinner kami ke restoran Grill & Steamboat Kambing, Ngences Giga kat Keramat ni je. Alamat dorang buat Setiawangsa, tapi Keramat kawasan tu. Anyways, dia punya sedap, memang drooling kebabom! Sesuai dengan namanya la kan? Jenuh google maksud ngences tu, rupa2nya air liur meleleh, drooling. Lapar dan sedap punya pasal, sekeping gambar pun tak ambik. Lagipun kena masak sendiri, mana nak sibuk bergambar nya? Tak makan nanti kami 3 beranak.



Dan 31hb Januari 2018 jugak merekodkan kemunculan Super Blue Moon setelah 25 tahun berlalu. Sebab tu la siap ada proverb “Once In A Blue Moon” kan? Rare tu nak dapat, setiap 25 tahun sekali! Nak tunggu lagi 25 tahun belum tentu kita masih ada, kan? Hurmm.. 25 tahun lepas belum ada media social macam sekarang, jadi tak semua yang tahu pun pasal menda ni. Itulah, sekali air bah, sekali pantai berubah. 



Gitu la kekdahnya kejadian hari terakhir Januari 2018. Aku punya penat, sampai tertidur sebelum jam 12am, bangun-bangun dah 6.35am. Huwaaa....!!! Tak sempat nak wish birthday kat pakwe tepat jam 12pm! Kesian member kat sebelah, kan? Ish... macamana la boleh jadi gini? Tanda2 penuaan yang ketara la namanya tu! Nasib baik aku dah melalak nyanyi lagu birthday kat dia petang semalam, masa kasi hadiah. Kalau tak, memang tiada maaf bagimu la cik kak!

Okay, sambung lain kali pulak. Terima kasih sudi baca. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan