Jumaat Pertama Februari 2018

Assalamu’alaikum. Semalam hari yang agak perlahan, entah la sejak fenomena Super Blue Blood Moon 31hb Januari lepas, waktu seolah-olah bergerak perlahan. Dengar cerita, terusan Venice jadi kering, betul ke? Yang pasti, memang haus dan dahaga sepanjang hari, terasa kering lain macam je cuaca. Kecuali masa hujan la, kan? Awal aku sampai ofis, sebab jalan pergi dan balik ke Gombak clear lebih daripada biasa, mungkin banyak pihak yang sambung cuti direct sampai hujung minggu. Biasanya hantar anak je mesti sesak, sampai rumah dalam 8.30am gitu. Ofis depan aku pun tutup, alang2 gamaknya nak bukak hari Jumaat. Tapi aku bukak, takde makna nak sambung-sambung cuti bagai, bukannya raya puasa pun. 



Masa nak turun ambik anak jam 1.30pm, aku dapat hadiah kain pasang bertatahkan batu permata: liplap liplap merelit merecik kebaboom! P.A aku bagi, ofis suaminya borong pukal dan ada lebih dua pasang; satu bagi aku, satu lagi dia punya. Hurmm... rezeki kasih sayang namanya ni, alhamdulillah... ingat senang ke orang nak sayang? Anugerah Allah tu, tau.. 



Sekarang aku suka pakai inner ninja yang ada dagu, jenama Aisyah je yang sesuai dengan bentuk muka seumpama purnama merindu ini. Kainnya pun lembut dan selesa dipakai. Takde rasa tercekik mintak nyawa bagai, dah la kasi impak positif dari segi ‘anti-tembam’ katanya, ko rasa? 



Mak Lom suka....! Boleh la aku pakai bajet2 ayu macam ni haaa...! 



Lepas maghrib aku keluar dating kejap, tengok cerita ‘Braven’ kat Pavilion. Mamat kat sebelah kami berdua dalam wayang tu pelik betul perangainya, dah macam lalok ganja pun ada. Mula2 tu dia ambik seat aku, jenuh tunjuk confirmation kat handphone baru nak bangun. Lepas tu duk gelak tak tentu pasal tengok cerita saspen, ko rasa? Handphone dia pulak x berenti berbunyi tak reti nak kasi silent. Aish...!  



Anyways, lamanya tak jejak kaki kat Pavilion... rasa macam pelancong pulak! Kawasan tu memang tak pernah lengang, sentiasa padat dengan manusia. Masa tunggu grab, sempat selfie sedas dua, nampak butik LV kat belakang. Sumber inspirasi tu! 



Berakhirlah hari Jumaat pertama bulan Februari dengan cemerlang...

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan