OOTD Post ~ Monochrome Corporate Suit

Assalamu’alaikum. Semalam aku tampil business-like sehari suntuk, kadang-kadang memang macam tu. Warna terbatas kepada hitam dan putih semata-mata, itu pun aku mengelat sebab pakai kasut warna coklat. Kasut hitam semua dah tak selesa dipakai, malas nak menyeksakan kaki. 



Biasanya aku akan heret handbag warna garang sket tapi kali ni malas nak tukar, alang-alang dah guna lebih seminggu beg warna hitam, angkut je la mana yang sedia ada. Tali warna ungu pun kira menyedapkan mata jugak la bagi aku. Saja je ambik tali handbag Esfolar letak kat beg tu, senang kalau nak galas kasi labuh sikit. 



Suit aku semua dah lebih daripada 5 tanun usianya, teringin jugak tempah yang baru. Tengok la kot2 ada rezeki sebelum hujung tahun 2018 ni kita tambah la koleksi sepasang dua. 

Esok dah Jumaat kan? Kejap je seminggu. Kita ni diburu waktu hari-hari kan? Apa nak buat, jom la kita teruskan hidup dengan tabah dan tenang. Jumpa lagi, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu’alaikum.

~Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan