Meraikan FT Boy

Assalamu’alaikum. Seperti kebiasaannya, kami bertiga meraikan hari lahir pakwe dengan keluar makan malam. Sebab utamanya ialah junior dari sekolah rendah lagi berada dalam jajahan takluk Negeri Selangor, makanya tak pernah cuti setiapkali Hari Wilayah. Dah nasib badan birthday jatuh pada 1hb Februari kan, kena tunggu anak balik sekolah lepas jam 4 petang. Aku siap paling awal, maklum la tak boleh solat. Mekap lebih sket, ye la nak pergi dinner sambut birthday kan, kena la special. Takde la beriya sangat pun, semua guna warna natural je. 



Kali ni pakwe pilih tempat makan, teringin nak pekena ikan kerapu stim kicap di South Sea Seafood, Subang. Sebelah Skypark je, siap boleh tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Takde gambar makanan, ampunkan la aku, ya... memang jenis tak berapa reti snap gambar sebelum makan. Kami pesan minimum je, memandangkan kontena perut masing-masing sangat terhad. Selain ikan kerapu stim kicap, ada tauhu sizzling dengan cendawan, air kelapa muda, teh jasmin dan aiskrim untuk desert. Pelik jugak sebab terlampau ringkas tapi Alhamdulillah... kenyang yang serata dan tak perlu memaksa diri habiskan makanan.



Aiskrim Haagen Dasz kami order masing2 vanila (junior), strawberry (mummy) dan kopi (daddy). Teruja junior, duk kata rasa aiskrim tu macam Baskin Robin. Hurmm ye la, dah sepupu sepapat nak lari ke mana rasa memang ler lebih kurang sama. Tengok la harganya pulak, ko rasa?



Bagi aku personally makan kat sini harganya lebih mahal daripada tempat-tempat lain di KL, tapi masakannya sangat ohsem dan tersendiri. Dari segi terpaksa menunggu lama yang paling aku tak gemar, sebab restoran tu penuh sesak dengan majoriti orang cina datang makan malam. Kalau bulan puasa lagi tenat, boleh meroyan kelaparan la pendek katanya tunggu makanan sampai. Macam tadi pun kena tunggu lama jugak, cuma sebab dah expect takde la tertunggu-tunggu dan terjenguk-jenguk tiapkali pelayan datang bawak dulang.



Tinggal lagi, birthday boy sangat suka makan kat sini, kan.. jadi, asalkan dia puas hati dan gembira, kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Duit boleh dicari, kasih sayang manakan ada galang gantinya. Siapa tak sayang laki weh?

~Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker