Kisah Kebaya dan Budak Demam

Assalamu'alaikum. Hari Rabu lepas aku main capai je mana baju yang dah siap bergosok dalam almari. Sekali, kebaya sutera pink-hijau masa raya 4 ke 5 tahun yang lepas je available. Siap ada lagi tag dobi yang aku hantar dry-clean kat hujung kain, boleh? So, berkebayalah aku hari tu julung-julung kalinya dari pagi sampai petang, membuatkan aku rasa nak gi tempah sepasang dua kebaya baru. Hehehe.

Nak dijadikan cerita, dapat berita anak aku demam dan ayah dia dah gi ambik kat sekolah, bawak ke klinik. Ok lagi aku, takde rasa apa pun, ye la memang dah masuk musim demam kan sekarang? Tapi next call, aku dah agak kalut sebab katanya demam terlampau panas dah dekat 40 degree Celcius DAN ada merah-merah kat tangan tanda kapilari darah pecah. Huh? Segeralah aku tukar baju (in record time), sebab worst case scenario kot2 la Junior kena masuk wad takkan la aku berkebaya segala..! Turun kat bawah, ngam2 kereta dah tunggu dengan Junior terbaring lemah kat seat depan. Abis melayang rasa glamour mummy dia kat luar tingkap, weh..! Nasib baik la ada jugak baca-bacaan yang arwah ayah ajar untuk redakan demam panas, boleh jugak aku praktikkan sepanjang jalan menuju hospital. Alhamdulillah, menjadik la jugak dengan izin Allah Ta'ala.

Sampai kat KPJ Ampang Puteri, aku teman Junior kat ruang kecemasan, pegang tangan dia masa nurse cucuk ambik darah, alihkan perhatian dia sementara menunggu keputusan ujian darah tu. Masa tu ketara sangat muka dia terbakar dek kepanasan cuaca di Sabah, mandi kolam dan laut segala.. Mana tak demam panas balik rumah? Tapi sebab mummy dia relax je kan, dia pun ikut relax. Dia tak tau hati mummy dia macam nak pecah kat dalam, cuma dah reda sebab badan dia dah makin reda kepanasannya. Hati ibu, biasalah kan? Aku ajak dia bergambar, suruh nampakkan gigi, kasi dia rasa takde apa-apa dan Insya Allah segalanya akan okay. Ikut mana pun, bertenang dan terus bertenang dan yang paling penting, serahkan kepada Allah Ta'ala.


Dan Alhamdulillah, Junior takde apa-apa selain daripada hampir kena mild infection. Doktor tu macam bosan je tengok betapa ayah & mak Junior cuak lain macam, ehemm.. Ayahnya la, especially. Sebab mak dia apa-apapun, tetap senyum. Hehehe. Aku malas nak explain betapa anak aku terlebih ramai. Yang penting, syukur Alhamdulillah, walaupun sebakul kekdahnya ubat Junior kena bawak balik dan habiskan dalam masa 5 hari (sampai esok), dia bersemangat waja dan seronok dapat MC. ^_^


Aku harap Junior akan membesar sebagai juara dan tetap tenang menghadapi hiccups dalam kehidupan, sandarkan segala-galanya pada keimanan dan kebergantungan kepada Tuhan Pencipta Alam. Ameen Ya Rabbal 'Alameen.






Comments

  1. opss alkisahnya...di hari kita jumpa tu ya...naseb baiklah junior takde apa2....hati ibu mmg le...kalo boleh bioo kita yg sakit..jgn anak kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin