Sedetik Lebih Di Pulau Manukan, Sabah

Assalamu'alaikum. Sesiapa yang suka laut dan pantai biasanya akan suka bercuti kat pulau. Salah sorangnya akulah tu, dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah bercuti kat pulau. Masa pergi Kota Kinabalu hari tu pun sama, tak lepaskan peluang menjenguk salah satu daripada pulau-pulau yang jadi tarikan di sana - Pulau Manukan namanya. Cantik sangat, Masya Allah.. Hijau okay air dia..! Tapi jangan lupa pakai shades dan sila sapu sun-block secukup rasa, ya.. Terbakar kulit korang nanti, panas sungguh tempat itu, okay! Lain la kalau korang memang suka kulit tan, silakanlah.. Mat & Minah Saleh selamba je berjemur, kulit dah macam udang kena bako.. Tak Pe Je pun...!


Kami antara yang paling awal sampai, maka sempat la bolot satu pangkin untuk lepak dan letak apa yang patut. Pokok pun elok je merimbuni kawasan, kasi kami berteduh dengan nyaman yang amat. Angin pantai pun mengelus lembut, chewah.. Tetiba aku rasa jiwang macam zaman-zaman sekolah dulu. Aku turun jugak sekejap mandi laut tapi takde mood la pulak banyak sampah dalam air dan kat persisiran. Eleh, padahal aku tak tahan panas..!


Korang nampak tak bayang orang lelaki pegang kayu kat dalam gambar kat bawah ni? Haa.. Itu la aku cakap, memang banyak sampah kat situ..! Lelaki tu sebenarnya duk pegang penyapu dan sibuk mengelokkan keadaan. Bukan sampah apa, aku tengok banyak ranting dan serpihan kayu yang dilambung ombak, terhempas ke pantai. Yang dah besar balak pun ada, okay? Hujung ke hujung dua tiga orang maintenance buat kerja, ikut tempo dan alunan ombak pulak aku tengok. Layan je, ikut kepala depa.. Tak kisah la orang penuh dah nak terjun laut.


So, baik kita main pasir secara berjemaah, jom..! Pasir kat sini sangat awesome sebab lembab semulajadi, tak payah susah-susah angkut air laut nak bentukkannya. Seronok la budak bertuah si Junior tu, kan? Aku layankan aje penuh rela, sebab tak kuasa nak berlama-lama kat dalam air laut.


Inilah kekdahnya bentuk entah apa-apa yang telah berjaya dihasilkan penuh gigih. Lepas tu, dia dengan daddy dia sambung mandi. Aku tak mau, kan dah cakap tadi? Hehehe. Kalau dah cakap tak mau, maka itulah dia maksudnya. TAK MAU! ^_^


Lepas tu kan, aku tertidur kat pangkin tu! Ada ke munasabah naik basikal pegi ke Sabah? Ish Ish Ish.. Sungguh mengkagumkan perempuan itu, boleh tidur macam dalam kelas kat sekolah dulu-dulu..? Hurmmm.. Itulah dia, bangun awal sangat tunggu bot nak ke pulau... Kan dah longlai? Apa-apapun, pulau ni memang cantik cuma aku rasa masih boleh dicantikkan lagi oleh pihak pengurusan. Buat kerja kutip sampah tu aku rasa lebih elok dipercepatkan lagi pergerakan, baru sesuai dengan taraf tempat percutian antarabangsa. Dan tak perlulah digebang-gebangkan pasal snorkeling bagai, sebab buang masa je (buang duit gak) orang sewa alat snorkeling tapi tak nampak ikan mahupun coral pun. Baik duk kat jeti mula-mula sampai tu, bagi roti dan tengok ikan berkumpul dan berebut-rebut nak makan roti. Banyak la suara kat situ duk komplen benda yang sama, kesian aku dengar, lebih-lebih lagi aku pun rasa macam tu. Bila borak-borak dengan brader yang bawak bot tu, dia kata patutnya pergi ke Pulau Sapi baru ada banyak ikan. So, korang nanti dengarlah nasihat brader bot tu, okay?

Itu je la pun, terima kasih sudi mampir. Ampun maaf permisi, kuundur diri. Assalamu'alaikum.


















Comments

  1. hijoo sungguh air laut tu.....
    tp kalo byk sampah pun nk mandi pun tak syiok lee..
    Jauh tak pulau manukan dr KK?
    Tambang bot bp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat je dari KK, dlm 20 minit gitu.. Dah pulak brader bot mmg rempit.
      Tambang dlm RM20 lebih sorang tak termasuk sewa goggle utk snorkeling tu & life jacket,
      Kira mcm Air Asia la, kira lain. Ngeeee..
      May be kitorang sampai awal sgt kot, kalu lambat sket dah xde sampah..

      Delete
  2. Awat ko x join kutip sampah bg memelihara alam sekitar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kutip mana yg mampu je.. Kang kacau keja brader2 maintenance plak.. Kekdahnya, rasa tercabar plak.. Heheheh.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin