Aku dan Kereta Manual

Assalamu'alaikum.
Aku memang dah tak reti langsung bawak kereta manual, rugi kan?
Lulus je driving test (belum dapat pun lesen) tengahari, malam tu jugak cik abang dah suruh aku pusing satu KL naik kereta (automatik) dia masa tu, Proton Waja. Keluar semua peluh jantan betina pun, kuredahi jua.
Gigihnya la bekas askar tu menidakkan ketakutanku.
Sejak malam tu, tak pernah sekali pun aku bawak kereta manual. Dan tak pernah terfikir nak bawak pun, sebenarnya. 

Sampai la minggu lepas masa kat Sabah. Kereta yang cik abang sewa kat sana tu Proton Persona manual, tak macam kereta-kereta automatik yang dia biasa sewa kat Langkawi. Aku lepak je bercinta duk sebelah, kan? Sekali dia berhenti beli bahan-bahan kering kat Pasar Tamu, buat double parking, suruh aku alihkan aje ke depan kalau kereta nak masuk atau keluar. Amek ko... Padan muka!
Menggelabah mak nenek, aku carik la kat you.tube macamana nak bawak kereta manual.
Anak kat belakang siap cakap aku penakut lagi, beb! Huwaaaaa....
Tapi takpe, memang pun. Betul la tu, memang aku penakut pun. Berenang takut, 
bawak kereta manual takut, errkk... Tu je la kot? Hegeheh.
Aku takut sebab aku tak pandai. Yang aku pandai, tak pulak aku takut.
Bila aku explain macam tu kat anak aku, baru dia faham.
Gamaknya la.. Takpun, saje tak nak aku naik angin. Heheh.

Anyways, dipendekkan cerita, setelah agak2 ingat balik yang mana clutch, yang mana brek dan yang mana minyak, aku tetap kurang ingat gear pulak... Adeh.
Tapi Tuhan tu Maha Adil. Alhamdulillah, takde pun kereta nak keluar mahupun masuk sampai la mamat tu masuk kereta semula. Phewwww...!

Syukurlah, kan? Tapi mulai detik itu, aku sudah mula kembali menjalinkan affair dengan kereta manual secara kecil-kecilan. Mana la tau, kan.. Kot2 la ada emergency ke apa ke dan kereta manual je tersadai kat jalan, takde la aku terkebil-kebil tak reti nak buat apa. Betul tak? Hurmmm...

Okay la korang, itu aje la. Terima kasih sudi mampir. Salam Maaf Permisi, Kuundur Diri dengan gear reverse secara manual. Cheerio...!

Much love, Nai at Tak Pe Je.

Comments

  1. Same la kite kak oiiii
    dah lama xbwk ni
    asyik dok bwk auto je
    dah manja sgt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi, deq... Apa2 jadi kita dah keras kejung. Ngeee...

      Delete
  2. sy mmng drive kete manual =) auto pun ok, kira dua2 senang la ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin