Demi Sebuah Cinta, Kasih dan Sayang

Assalamu'alaikum. Ubat paling mujarab dalam dunia ni adalah cinta dan kasih-sayang. Dengan cinta dan kasih-sayang kita akan ada banyak sebab untuk teruskan sebuah perjuangan. Dengan cinta dan kasih-sayang kita akan lebih bersemangat untuk meneruskan sebuah kehidupan. Jika itu kita miliki, bersyukurlah walau apa jua dugaan yang perlu kita tempuhi kerana tak semua manusia diberikan keistimewaan itu. Rezeki cinta dan kasih-sayang tak ada tolok bandingnya, takkan mungkin boleh diganti dengan emas dan permata. Nilainya adalah darah dan air mata, bersatu hingga akhir waktu. 


Karma itu bukan suatu cerita dongeng, jadi kita jangan ambil mudah atas setiap perbuatan kita terhadap orang lain, apalagi orang tua kita. Nanti kita semua juga akan merasa tua, nasib kita bagaimana bukan sesuatu yang kita boleh ramalkan. Cuma kita perlu percaya, buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan dibalas jahat. 


Bonda memang seorang anak yang banyak berbakti kepada orang tua dan juga mertuanya. Setakat ini Alhamdulillah anak-anak dan menantu-menantunya cuba yang terbaik untuk berbakti kepadanya. Setakat yang kami semua mampu, selagi diizinkan Allah, kami tetap bersamanya dalam suka dan duka. 


Junior nanti mudah-mudahan meneruskan cinta dan kasih-sayang yang sama terhadap ibu dan bapanya. Aku selalu berdoa agar selalu dikurniakan kesihatan dan kalau boleh tak mahu masuk wad segala bagai, tapi masa depan tetap kekal sesuatu yang misteri. 
Jika sampai waktu itu, aku berharap segala cinta dan kasih-sayang berada di pihakku. Mudah-mudahan ada rezeki untukku merasa semua itu.


Sementara itu, marilah kita berkasih-sayang kerana Allah...

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

  1. Semoga bunda Nai cepat sembuh ya.........
    tp kan..kenapa ada hewan2 comel menyelit kat pic tu? hihihi

    ReplyDelete
  2. speedy recovery ye nai utk bondanya
    eh nape ngan bonda tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan