Cinta Terulung Dalam Hidupku

Assalamu'alaikum. Sesiapa pun tak pernah dan tak akan pernah mampu ambik alih takhta kasih bonda dari hatiku. Harsh statement. Hakikatnya begitulah. Aku kan vokal, rasa apa aku cakap, cakap apa aku rasa. Expressive kata orang putih, dah memang macam tu apa nak dikata?


Mak selalu suka curi-curi pandang anak dia dan rasa kasih yang terpancar dari sinar matanya memang menjemput segala rasa dalam hatiku. Bahasa bisu yang kadang-kadang diluahkannya, "Sayangnya kat anak mak sorang ni". Oh, anak mak yang sorang ni pun sayang gila kat mak, tau! 


Mak dah semangat nak teruskan hidup, muka pun dah ada kaler. Dia dah suruh aku pergi belikan tudung raya untuk baju-baju dia dalam almari. Siap nak try hoodie kuning aku sebab nak pakai style tu pulak raya tahun ni. Perghh tahniah la Nai, sebab sungguh kuat menahan perasaan dan tetap tersenyum sedaya mungkin sepanjang adegan mencuba tudung itu berlaku. 


Dua gambar dari dua hari yang berbeza. Mak memang lawa pakai kaler kuning, nanti kita beli tudung kuning mak, ya! 

Ok. Aku nak kena basuh muka. Bye!

~ Nai at Tak Pe Je. 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin