Nuffnangx

Monday, 6 July 2015

Minggu Baru Pun Bermula

Assalamu'alaikum. Hari ni Isnin, 19 Ramadan 1436 Hijrah, bersamaan 6 Julai 2015 Masehi. Tiada sebab untuk berkeluh kesah, jom mulakan minggu baru dengan semangat orang Jepun.. Kombate!


Panas betul kan cuaca kat Malaysia Ramadan kali ni? Nanti petang sikit mulalah hujan turun, macamana tak penuh klinik dengan orang demam, batuk dan selesema? So, jangan ikutkan sangat tekak mintak ais masa bukak puasa... Nanti dah start batuk musim-musim macam ni jenuh nak baik balik. 

Apa-apa pun, aku happy sebab dah 19 hari berjaya berpuasa dengan jayanya. Alhamdulillah... Dan akhirnya aku ada masa nak bawak kereta bonda masuk bilik mandi pujaan hatinya. Lama dah mata aku senak tengok keadaan kereta tu, malap lagi bau asyam. Dekat Cars tadi aku kasi cuci, vacuum dan tarik bau Nano amenda ntah namanya. Bukan Awan Nano, tapi dulu dipanggil Nano Mist, sekarang Nano jugak cuma tak guna minyak tapi guna amenda ntah, tarik dengan kompresor? Hahhahah lebih kurang gitu la bunyinya penerangan supervisor Cars tu. Aku macam biasa bukan ambik port sangat pun, janji depa buat elok kereta kasi cantik, bersih dan wangi sudah. Yang penting, aku tak pening kepala dan tak yah sibuk nak bersin segala bagai dalam kereta. 


Orang happy buat apa lagi kan? Selfie la...! Ok, dah.. Sila teruskan kerja dengan penuh dedikasi, ya? Tak mau muka ketat,  nanti cepat tua. Apa Monday blues, takde nya semua tu.. Alasan je. Senyum tau, dan jaga diri hiasi peribadi. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



2 comments:

  1. eh aku pun so puasa penuh ni
    ada duit raya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ko tau penuh? Eleh.. Bila2 masa bleh jd bendera merah kot...
      Behhehe

      Delete