Gaya Menghala Waktu Pulang

Assalamu’alaikum. Biasalah perempuan, pagi-pagi datang ofis melawa dari hujung kepala sampai hujung kaki, ye tak? Lepas solat zuhur pun masih gigih touch up dan kekalkan penampilan menarik tertarik kau memang da bomb... tapi datang je waktu asar, graf mulai merudum bak indeks longlai di BSKL. Ok, aku la tu... korang tak kot, sejenis konsisten lawa sampai ke akhir rancangan. Huntong laa...



Aku ni lebih-lebih lagi kalau dah memang takde kerja ataupun appointment segala, kebanyakan masanya tak beriya nak touch up bagai selepas solat asar. Tunggu masa nak balik rumah je, minum petang dan mandi-manda menunggu solat Maghrib. Malam kalau takde agenda apa-apa dengan pakwe, anak ataupun sesiapa, lebih selesa berpakaian santai selayaknya tanpa ada non-mahram kat rumah.. Ye la, hijabis nak bukak aurat kat mana lagi kalau bukan kat rumah, kan?



Aku ditakdirkan tak berapa ada masalah dengan kulit muka, sejak dari zaman remaja sampailah sekarang jadi remaja purba ni. Tapi itu tak bermakna langsung takde masalah, sebab aku ada resdung yang boleh tahan kronik. Aku alah sungguh pada habuk, debu dan seafood... silap sikit je akan bertaburan jugak la bintang-bintang cinta di sekeliling wajah ini, terutamanya tempat-tempat dilitupi hijab. Macam ruam jugak la, mana boleh kedap udara... kena lepas bebas terbuka baru tak bermaharajalela tumbuh melata. Tinggal lagi, takkan tak nak pakai hijab pulak, kan? Yang menunggu besok-besok kat akhirat lebih dahsyat panasnya kot...! *tetiba.



Anyways, dengan muka polosnya aku akan keluar dari ofis menuju rumah. Kadang-kadang datang rajin terlebih, calit jugak segaris dua lipstik sebelum turun... so takde la nampak macam tengah berkabung. Selebihnya, apa adanya je la, tak kuasa dah nak pikir selain daripada rumah yang melambai-lambai... 'pulanglah....'!

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan