Nuffnangx

Tuesday, 20 September 2016

Jiwa Batik Seorang Aku

Assalamu'alaikum. Bulan lepas aku ada cerita tentang misi memburu batik sarung pilihan hati, hari ni baru datang seru nak buat entry tayang hasil tangkapan yang bolehlah dikatakan berjaya. Mau taknya, empat helai untuk sesi percubaan, boleh? Bagi sesiapa yang dikategorikan sebagai 'impulsive buyer', mungkin itu bukanlah sesuatu yang aneh sampai nak gebang beriya. Memang takde pelik apa pun tindakan membeli sedemikian rupa, cuma itu tergolong dalam kategori 'concentrated purchase', yang jauh membahayakan dompet.Kalaulah ada kedai yang menjual batik sarung macam ni kat KL, mau mereng aku, rambang mata tak nampak jalan di dunia dah, weh!

Batik-batik dalam Instagram Nagarabatik memang cantik, dan disuaipadankan dengan kain polos yang matching. Aku ambik keputusan untuk pesan dua helai batik sekali dengan kain polos dan dua helai batiknya aje, yang mana aku rasa pilihan terbaik, sebab setakat ni aku kurang minat dengan apa yang aku pegang dan lihat: kain polos tu keras kejung, bibik kata kena basuh dulu sebelum tempah kat tailor, sebab banyak kanji? Entahlah, kadang-kadang aku bukannya paham sangat apa yang bibik cakap, dan kebanyakan masanya, dia tu over confident. 

Setakat ni aku dah hantar batik nombor 1 dari kiri dan nombor 4, untuk dijadikan kain belah dan kain susun depan, tak sabar nak pakai dengan mana-mana baju yang sesuai dalam almari. Aku tak tunggu majlis apa-apa pun untuk pakai batik sarung ni, ikut sedap oren je bila-bila rasa nak pakai, aku selamba je pakai, begitulah. 


Yang gambar lebah tu aku rasa nak jahit pakai basahan kat rumah je, tapi macam rugilah pulak tak buat kain elok-elok. Nampak playful macam tu, rasa nak tempah buat skirt potongan payung, bahasa kampung aku, ala.. Org KL panggil 'A' cut. Cuma sejak umur 4 series ni dah cemuih pulok nak pakai 'A' cut bagai, lagi selesa pakai kain lipat depan, at least bleh buat basahan kat rumah ataupun bawak balik kampung, pakai dengan T-shirt lengan panjang. Takpe la, tengok keadaan dulu macamana, bila mood dah elok sikit, aku buat keputusan.

Itu je pun nak cerita, tengok dah panjang berjela-jela jugak, cakap pasal kain batik je padahal, hehehhe. Okay la, terima kasih sudi melayan pot-pet Cik Puan TPJ ni, korang. Sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

Nota Kaki:
Aku pernah kerja part-time conteng batik tau dulu, masa sekolah rendah kat kampung. Macam tu sekali tau, cintaku terhadap batik.

~ Nai at Tak Pe Je.


2 comments: