Sedu-Sedan Syair Cinta Hati, Kisah Mata & Kaki

Assalamu'alaikum. Juma'at sebelum UPSR dua minggu lepas, spek anak aku patah, terkena bola masa main basketball kat sekolah. Cikgu dia bagitahu dalam whatsapp, mintak hantar spek lama kat pondok jaga, nanti Junior turun ambik. Nasib baik la spek lama dia elok lagi, itu pun jenuh selongkar bilik dia nak cari kat mana. Aku sampai kat pondok jaga tu dalam jam 11.30 pagi, nak naik ke kelas dia karang memang cikgu pesan letak je kat situ, so aku pun baliklah sambung buat kerja.

Petang tu pegi ambik dia kat sekolah sorang-sorang, tak ajak orang lain teman macam biasa. Hati rasa tak sedap nak tunggu je dia datang cari kereta, aku park kat tepi jalan dan pergi carik dia kat pintu pagar. Jenguk dua, tiga kali ternampak la dia tengah duduk kat bangku, pelik sangat-sangat, dah kenapa dia duduk penuh sopan santun tak berlari sini sana? Aku panggil dia tak dengar, maklumlah ditenggelami suara budak-budak yang dah macam burung ciak segala bagai. Aku masuk dalam pagar, panggil dia depan-depan, masa tu aku nampak dia berjalan terhenjut-henjut dan muka aku rasa kebas serta-merta, macam kena sedut darah dek pontianak dalam cerita seram. Naluri ibu aku bertindak balas lebih daripada biasa, tak boleh nak chill ataupun relax langsung. Something is cooking, Nai, kata hatiku. 

Aku ambik beg dia, galas. Ambik tangan dia, pimpin. Kalau boleh nak dukung dia masa tu, serius tak tipu. Anak aku ni daya tahan sakit dia macam aku, so aku sangat-sangat tau skala richter dan darjah celcius tahap keseriusan keadaan dia. Kalau dah macam tu cara jalan, duduk tertib badan melengkung atas bangku dari awal menunggu, muka aku kejap hijau kejap kuning kejap merah kejap kesemua sekali dalam satu saat. Jauhlah pulak tempat parking nya, damn! Disebabkan panik, aku tak sempat nak cerna fakta dan suruh dia tunggu situ je, biar aku gi ambik kereta. Dah tambah pulak dengan dia yang terbiasa menahan sakit, cepat aje memecut keluar pagar dengan terhenjut-henjut pun. 

Masuk kereta, aku suruh dia bukak kasut, biru dah kaki. "Cikgu dah letak minyak angin, mummy", katanya, nak tenangkan aku. Aku sikit lagi nak pitam, janganlah ada retak ke apa wahai tulang kaki! Yang keluar dari mulut aku, "Lain kali, kalu jadi macam ni, mintak cikgu tuam dengan ais, ya sayang? Orang tak sapu minyak angin kalau seliuh." Dia angguk, bersyukur gamaknya aku tenang. Cuba kalau dia tau apa dalam hati aku! Ok, bukan masa nak membebel, marah ataupun menyalahkan sesiapa, pungut segala kekuatan cepat-cepat, aku pecut balik rumah. Masa tu rasa nak langgar je semua kereta yang bersusun kat simpang, kasi ruang untuk aku bergerak bebas. Sampai kat traffic light, masa lampu merah, aku call mak mintak dia panggil tukang urut mana yang available ASAP, Hazieq seliuh kaki, aku bilang. Tukang urut yang biasa aku panggil tak dapat dihubungi pulak, (another damn!) Soalan-soalan lain aku jawab sampai rumah, ya sila bertenang, sebab mak aku 360 degree my opposite. 


Asalnya aku nak bawak dia buat spek baru, tapi apadehal spek baru bagai, kaki anak bengkak biru tak nampak urat kot! Casually aku tanya dia apa yang dah jadi, sambil mengekalkan nada nyaman umpama angin memuput lembut. Dia terjatuh masa turun tangga nak pergi ambik spek kat pondok jaga, katanya. Aku terus kata, itulah sebabnya jangan melompat dan berlari macam kena kejar dek hantu masa turun tangga, dah pulak tak pakai spek. Ya Allah, terima kasihlah kau bagi aku kekuatan untuk tidak menjerit memekik mengherdik...! Dalam split second tu sempat jugak aku text bapak dia bagitau apa dah jadi. Sebab yang dia tau tengahari tadi cuma pasal spek patah, belum ada berita pasal kaki seliuh. Dah la orang tu tengah tak berada dalam kawasan, paling awal pun esok malam baru flight balik. 

Sampai je kat rumah, cepat-cepat kami tuam kaki dia dengan ais, diiringi muzik panik dan sesi menyalahkan guru sekolah oleh bonda dan bibik. Kena komplen tu, kena report kat guru besar tu, bla bla bla. Heheh aku duk maintain tenang, tu yang buatkan orang lagi push. Dah default setting aku macam tu, apa nak buat? Bila ada keadaan genting, aku mesti jadi macam tu, tak dapek nak nolong! 

Tukang urut cuma free petang dalam jam 5 lebih, aku terlampau penat fizikal mental, boleh tertidur masa junior diurut kat bilik depan, bangun-bangun dah 6 lebih. Gi jenguk anak, dia tengah tidur dengan lenanya. Turun bawah, mak marah-marah sebab aku tak teman anak masa kena urut, katanya suara anak menjerit sampai ke rumah jiran, boleh mak sendiri buat dek? Pergh... Menyirap tak, agak-agak? Aku bingung kejap, sebab memang tak sedar apa-apa langsung, nak dengar suara menjerit apatah lagi. Takpe la, Allah lebih tau... Mungkin aku putus urat merih kot tengok anak kalau tak dilenakan sedemikian rupa.

Aku mintak maaf dekat junior, memang aku tak sedar dan tak dengar dia menjerit, kalau tak mana mungkin aku tak datang duk sebelah dia. Malam tu sebelum tidur aku sapu kaki dia dengan losyen gamat dan lurut pelan-pelan kasi urat lebih lembut. Esok petang tukang urut datang lagi sekali, takde la sakit macam mula-mula dah. 


Aku tak bagi dia banyak bergerak, tidur pun dalam bilik aku je, tak payah naik-naik tingkat atas. Makan minum semua dalam bilik, solat atas kerusi. Nak ambik wudhuk, aku tolak kerusi tu sampai depan bilik air, pangku dia masuk. Dah berfungsi sebagai wheel chair pulak, bagus betul kerusi beroda saat-saat emergency macam ni. 

Bangun Subuh keesokannya, aku tengok kaki dia dah tak sakit untuk memijak. Solat pun dah boleh berdiri, maknanya urat dah tak bengkak la tu, lega Tuhan aje yang tau. Aku sapu lagi losyen gamat dan lurut urat kakinya every now and then, dan bila sampai masa tukang urut datang, dia dah tak menjerit dan aku pun ada kat sebelah dia. Tak cukup mulut tukang urut tu cerita keadaan Hazieq semalam, menjerit menangis meraung, urat bengkak biru bla bla bla. "Ye, kak.. saya seorang perempuan yang tak menghukum diri tanpa hujungnya, sila bertenang", bisik hatiku sambil bibir tersenyum dan kepala diangguk-angguk perlahan.

Malam tu daddy sambung tugas sapu losyen gamat kat kaki dia sampailah di ambang UPSR, Ahad malam, dia mintak nak tidur kat bilik sendiri. Ye lah, orang dah besar.. Sila jangan tarik muka kelat, ya mummy! Menjelang hari kedua exam, urat kaki dah jelas kelihatan dan berjalan pun dah stabil macam biasa, tapi daddy masih lagi sapu losyen gamat dan urut kaki, sebab ada lagi beza warna dan saiz kaki, bengkak belum surut sepenuhnya.

Spek baru dia siap hari ketiga exam, aku pergi buat hari Sabtu pagi, hantar gambar dari kedai suruh Hazieq pilih. Dia nak warna hijau jugak, katanya. Terbang beratus-ratus ringgit, hurmm... Dah nak jadi ke cerita, redha aje ler, mummy! 


Hazieq sejak habis UPSR ni dia nampak merdeka lain macam, padahal ada lagi satu episod exam yang dia kena ambik. Takpe la anak, mummy nampak je macam lepaskan awak. Mummy lagi tau taktik dan teknik segala bagai, sila jangan melompat bila sampai masanya. 


Okay lah korang, dah azan Isyak pun. Adik aku panggil makan durian ni, aku solat dulu, ya. Sampai jumpa lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.













Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan