Nuffnangx

Friday, 9 September 2016

Junior Turns 12 (9/9/2016)

Assalamu'alaikum. Hari ni birthday anak bertuahku nan seorang itu. Alhamdulillah... Genaplah umurnya 12 tahun, merdeka sudah daripada UPSR. Dah start nak masuk fasa 'macho' ala-ala segan nak bermanja (konon-konon). Boboy la katakan, gitulah... Mummy awak ni dah la ada seketul tu je anak, lagi kena refrain diri daripada memanjakan. Hurmmm... Nasib ler. 

Dua hari sebelum habis exam, aku tanya dia nak hadiah apa untuk birthday, cepat dijawabnya, PC. Aku kata, yang tu kan mummy janji lepas UPSR. "Ye la, birthday Hazieq Juma'at, UPSR dah habis masa tu," bernas dia berhujah, membuatkan aku terdiam sejuta bahasa. Amek ko, Nai... Checkmate! 

Hari ni aku mintak tolong assistant aku hantar ke rumah PC aku yang tersengih tak disentuh kat ofis sana, pasangkan dalam bilik Junior. Lena betul dia tidur, sampai tak sedar kami duk menyiapkan apa yang patut, dalam pukul 11 lebih masa tu. Aku kejutkan dia dan nyanyikan lagu Happy Birthday, disambut senyumannya dengan muka mamai. Bila aku tunjuk PC yang dah siap terpasang kat meja, terkejut besar dia! Redah hati ibu seorang aku, sangat terharu. 

Masa aku nak turun pergi jumpa orang dekat jam 12, dia datang mengadu PC takde sound detection ke apa ntah, mintak bawak balik speaker dari ofis, dan kalau boleh nak mintak keyboard yang abjadnya besar, senang nak main game. Aku janji nanti lepas selesaikan kerja, aku belikan.


Janji haruslah ditepati, terutamanya kepada anak-anak, betul tak? Maka, jenuh la aku berkejar ke Wangsa Walk belikan dia gaming keyboard dan speaker baru, tak sampai hati nak bawak balik yang dah uzur tu bagi dia. Lagipun speaker kat dalam bilik ofis aku tu sebenarnya yang 'leftover' daddy dia, pass kat aku bila dia beli speaker besar. Punyalah happy anak teruna aku dapat semua tu, priceless sungguh! Apa yang tak sanggup mummy usahakan untuk awak, anak? Segala yang termampu, hatta nyawa pun sanggup mummy pertaruhkan...!

Malam ni makan kambing bakar, garlic bread dan salad, dan of kos, dengan kek sekali. Chocolate Indulgence, peberet semua orang kat rumah, kecuali daddy dia. 


Panggang guna gril letrik je, tak larat nak hidupkan api dan guna arang, walaupun sebenarnya bakar-membakar memang kebaboom kalau guna arang. Renyah weh menda-menda old school ni.. Kecuali la memang masa banyak terluang dan badan belum penat lesu.


Hasilnya masih lumayan dan enak dimakan bersama-sama...


Anyways, Happy birthday to my heart and soul, my reason for reasons. Mummy loves you so much! Semoga segala yang terindah menjadi milikmu nan abadi, sentiasa membahagiakan insan-insan yang menyayangimu sehingga akhir waktu. Ameen.


Terima kasih sudi singgah dan baca sampai habis. Jumpa lagi, take care! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment