Nuffnangx

Friday, 23 September 2016

Sotong Goreng Campak-Campak Jer

Assalamu'alaikum, Salam Juma'at penuh kasih-sayang untuk korang semua, semoga bersabar menempuh detik-detik terakhir sebelum pulang ke rumah untuk menyambut hujung minggu tercinta. Bagi yang memang bercuti hari Juma'at, aku malas nak jealous sebab dulu-dulu aku membesar kat Terengganu, pernah jugak merasa suasana cuti setiap Juma'at. (Statement tak boleh blah, kan?)

Hari ni aku macam biasa, kerja dengan cara dan keserasianku, yang memang tak perlu masuk ofis sangat. Dalam pada menyiapkan dokumen apa yang patut, mengejar payment segala bagai, aku ambik masa bersilat kat dapur sekejap, sebelum menyerahkan tugas kepada bibik. Kalau tak, dia akan masak ikut kepala dia dan adalah sangat tak bijak untuk aku komplen selepas semua dah siap. 


Apa yang aku masak? Sotong Goreng Campak-Campak namanya, kau ada? Masak ni sebenarnya bahan-bahan tumis ke rebus ke takde beza sangat, pi mai pi mai duk tang tu jugak. Bawang besar, cili kering/padi (takde dalam gambar), bawang putih, halia dan serai mesti tak boleh tinggal dalam senarai. 


Anyways, cara-caranya meh aku share, meh:-

1- Gaulkan sotong dengan garam dan kunyit, biarkan kejap kat tepi diam-diam sudah.

2- Tumis kesemua bahan ruji yang aku sebut kat atas tadi sekaligus, sampai naik bau dan bawang kekuningan, kemudian masukkan 1 sudu makan rempah daging, kacau lebih kurang 3 minit.

2- Campakkan (dengan sopan) 3 sudu makan sos cili, 2 sudu makan sos tomato, 2 sudu makan sos BBQ/blackpaper. Kacau lagi, jangan bagi berketul-ketul.

3- Campakkan (tetap maintain sopan) sotong, kacau bagi bergaul-mesra dengan segala bahan dalam kuali itu, dan tutup kuali kejap nak bagi wap masuk dalam. Kejap je, jangan kasi hangit.

4- Kalau perlu, campakkan tak sopan sangat pun takpe, garam dan gula secukup rasa. Siap.


Tepat jam 12 kami makan berdua, terima kasih kepada bibik yang cekap menyiapkan menu-menu lain, walaupun cik abang cuma sentuh sotong dengan sayur. Dan lepas makan sampai sekarang, aku masih punya banyak urusan yang perlu diselesaikan sebelum asar. Mengadap depan laptop, aku rehat kejap tunggu azan zohor dan sementara tu, update blog ni.

Terima kasih sudi singgah, sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


No comments:

Post a Comment