Nuffnangx

Tuesday, 27 September 2016

Santai Sabtu Bersamamu

Assalamu'alaikum. Ini kisah keluarga nuklear kami bertiga, berhujung minggu bersama-sama. Lama dah takde ruang dan waktu nak pergi berjalan jauh sikit, bercuti apatah lagi. Maklumlah, sejak anak bujang nak exam dan ditambah pulak dengan kegawatan ekonomi, maka bertabahlah, duhai anak! Bagus jugak, sebenarnya.. Biar dia belajar menghargai erti susah-senang mencari rezeki, bukan main petik je dapat serba-serbi.




Anyways, Junior ajak tengok cerita Suicide Squad dan daddy dia bawak pergi KLCC, tayangan jam 12.15 tengahari. Disebabkan blockbuster itu dah hujung-hujung nak habis waktu, TGV guna panggung Beanie, kerusi kacang untuk 2 orang, RM50. Kami bertiga, maka kena beli 4 seats, takde pengecualian, merah kuning hijau kejap muka mummy dengan daddy. Hurmm.. Aku hulur limaplo kat cashier, diikuti cik abang lagi separuh. Dia tak mintak pun, tapi tak sampai hatinya lahai, sama-sama paham la, kan? 




Itu budak bukan main lagi meng'abangkawasan'kan beanie seats itu, untung la...! Bak kata daddy dia, patutnya bawak bibik lagi sorang, baru tak rugi satu seat. Hehehe, dah rezeki dia, takpe la. Kami tak pernah masuk panggung Beanie, so memang tak tau langsung kekdah seating mahupun harganya. Tapi borak-borak berdua kat kerusi kacang itu, sebenarnya bagi kami keselesaan dan privacy yang didapati dengan harga RM50 memang berbaloi-baloi, bahkan jauh lebih murah daripada Gold Class. Ye la beb, tak kata gitu, nak kata macamana lagi, kan?

 

Ok, tentang cerita Suicide Squad pulak, itulah dilema ibu-bapa zaman sekarang. Nak sekat tak bagi tengok kat wayang, depa boleh download tengok kat rumah, ataupun paling tidak, lama-lama nanti ada kat Netflix. Nak ketatkan pengawasan kat rumah, silap-silap depa menyelinap cari kebebasan kat rumah kawan. Sudahnya, dengan kategori Parental Guidance 13, aku seram-sejuk memikirkan masalah dunia dan cabaran membesarkan anak teruna. Ingat senang ke? Cuma, tinggal lagi, cerita tu banyak pengajaran yang boleh kita ambik, dan itulah yang aku cuba perbesarkan depan Junior, tanpa berbunyi macam penceramah bebas.




Bad versus evil, katanya. Kata aku, takde justifikasi atas kejahatan seseorang, itu pasti, tapi dalam masa yang sama, nak jadi baik ataupun jahat itu pilihan kita sendiri. Tak boleh selamanya menyalahkan keadaan, itu cuma alasan. Tinggal lagi, ada manusia yang hatinya lebih busuk daripada iblis dan senang bertopengkan kebaikan, menjadikan orang-orang yang dilabel jahat sebagai kuda tunggangan dan kambing hitam. Dalam keadaan yang memerlukan, pada saat itulah sebenarnya akan terserlah siapa yang baik dan siapa yang jahat. Pun masih lagi sangat subjektif, terpulang dari dimensi mana kita melihat sesuatu, menilai seseorang.

Apa-apa pun, aku dah jatuh tangga kat lagu 'You Don't Own Me' yang sangat ohsem dan penuh inspirasi. 



~ Nai at Tak Pe Je.







No comments:

Post a Comment