Nuffnangx

Tuesday, 20 September 2016

Sementara Menunggu Cuti

Assalamu'alaikum. Hari Malaysia baru-baru ni aku tak cuti pun, pagi jam 10.30 dah terpacak kat AEON Mall jumpa orang. Masa sampai kat Starbucks, tempat yang dijanjikan, aku terasa macam zaman muda-muda dulu time nak jumpa kawan chatroom, sebabnya aku terpisat-pisat mencari yang mana satu orang yang ditunggu. Dia duduk kat luar, ruangan smoking ke duduk kat dalam, tempat tertutup? Nasib baik la at least aku tau orang tu lelaki dan foreigner, dari bunyi nama dan lenggok bahasa wassap, aku boleh teka nationality dia sebelah Bangladesh sana ataupun sebelah Pakistan. Masa muka aku blur tu la, dia tersenyum dan mengangkat tangan, chewah confident je tanya, "Miss Nai?". Baru teringat, profile picture wassap aku kan sedebik muka dan style aku dressing, senang orang nak kenal. Ye la, nothing to hide, kan? 


Bila dia balik, aku ambik masa habiskan Americano sambil berbalas-balas pantun dengan clients yang terlebih masa terluang disebabkan hari cuti, maka kekdahnya aku takkan layak pun ambik cuti daripada melayani mereka. Kadang-kadang rasa tak kuasa dah kerja ni, korang.. Entah bila nak sempat fikir pasal diri sendiri pun tak tau. 


Aku tension lain macam sikit hari tu, emosional terlebih, sampai masuk toilet, kunci pintu dan menangis. Itu sudah over stressed, weh... Bilanya nak pergi berjimba perabiskan duit yang memang dah takde ni? Laaa.. Bila dah rasa lega dan touch up muka, baru aku selfie kat powder room tu, takkan tak leh figure out? 

Perasaan ni jangan diikut sangat, korang, nanti susah nak buat damage control. Apa jua keadaan hidup dan tekanan sekeliling, jadilah tuan dan bukannya hamba kepada emosi, kecualilah kita nak cepat tua ataupun dapat darah tinggi, strok, lemah jantung dan yang sewaktu dengannya. Kena banyak minum air masak, bertenang dan berfikiran positif, kalau tak, masaklah kita dengan segala bagai masalah kesihatan. Lagi satu, jangan jadi manusia yang cepat melenting bagi pihak orang lain, apa hal orang lain yang masak, kita nak tumpang panas? Buang karen je, kan?

Daripada menyibuk dengan benda-benda yang tak sepatutnya, lebih baik kita menyibukkan diri dengan apa yang berfaedah dan bermanfaat, kalaupun bukan kepada orang lain, sekurang-kurangnya kepada diri sendiri. Ada jugak kebaikan yang nak dijadikan bekal kehidupan di akhir sana nanti, tak gitu? 


Jadilah seperti air yang mengambil ruang dan bentuk objek, tapi dalam masa yang sama, mengekalkan sifatnya sendiri dan tidak pula mengubah keadaan objek itu tadi. Sudah pasti itu jauh lebih baik daripada menjadi parasit yang menguasai rumah yang ditumpang dan akhirnya beraja di mata, bersultan di hati. Andai kita tak mampu untuk berbudi, sekurang-kurangnya kita tak perlu menuang tuba ke sawah padi. 

Okaylah, cukup dulu sampai di sini, lain kali cerita lagi, jaga diri hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



No comments:

Post a Comment